"Tak Elok Walaupun Suami Isteri" - Netizen Tegur Tindakan Shuib Tarik & Intai Seluar Watie

HIBURAN
March 08, 2024 - 12:42 PM


Sejak mendirikan rumah tangga pada Jun lalu, pasangan Shuib dan Watie Hanifiah sering menjadi perhatian netizen sama ada membabitkan perkara yang baik mahupun perkara yang sebaliknya.

Terbaru, gelagat pasangan ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila video promosi sebuah produk yang dimuat naik oleh Watie telah mengundang rasa kurang senang wargamaya.

Di awal video, kelihatan Watie begitu teruja kerana seluar yang dipakainya longgar lalu memanggil suaminya. Shuib yang datang terus menarik dan mengintai ke dalam seluar Watie yang sudah longgar.

Perbuatan tersebut mendapat kritikan dari para peminat yang rata-ratanya menyatakan bahawa tindakan tersebut tidak sopan dan tidak manis dilihat walaupun mereka adalah pasangan suami isteri yang sah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Sumber: Instagram

Destination: