"Jangan Percaya Sangat" - Hafiz Mahamad Minta Syafiqah Aina Tidak Letak Kepercayaan 100%, Suruh Check Phone Setiap Masa
HIBURANSelalunya apabila berada dalam sesebuah hubungan lebih-lebih lagi perkahwinan, pastinya kita mahu pasangan untuk sentiasa percaya dan tidak bersikap ragu-ragu terhadap diri kita.
Namun hal yang berbeza pula diminta oleh pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad yang ingin isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak meletakkan 100 peratus kepercayaan dalam hubungan mereka.
Dalam satu sesi pertemuan dengan media, Hafiz berkata dia kerap meminta Aina untuk memeriksa telefon bimbit miliknya. Baginya, biarpun dia tidak berlaku curang namun ia merupakan langkah berjaga-jaga supaya tidak timbul masalah.
"Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ada ujian. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, insyaAllah akan jaga.’
"Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga phone’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
"Saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang-kurangnya ada perasaan takut," katanya.
Selain itu, usahawan Ainaa Beauty itu juga meminta Aina untuk membantu dirinya agar tidak terus terjerumus dalam perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga mereka.
"Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya. Tapi saya usaha.
"Kita tak tahu takdir Allah macam mana. Ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu," jelasnya.
Kredit: Oh Bulan