Marissa Dania, Aslam Sah Bernikah Di Thailand 17 Disember Lalu, Ketika Isteri Pertama Sedang Mengerjakan Umrah

HIBURAN
February 08, 2024 - 11:59 AM


Anak perempuan kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim sekali lagi menjadi tumpuan ramai selepas didakwa sudah berkahwin dengan lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Aslam.

Menurut OhBulan! yang berjaya menghubungi kakak kepada isteri pertama Aslam iaitu Nadiah Mazlan. Wanita itu mengesahkan laporan media mengenai berita pernikahan itu adalah tepat.

"Ya betul (Marissa dan Aslam) nikah di Thailand. Cerita sama macam apa yang dihebahkan," jawapnya ringkas.

Marrisa disahkan berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu. 

Marissa dan Aslam yang masih berstatus suami dan bapa kepada dua cahaya mata itu dikatakan melangsungkan pernikahan ketika isterinya, Misya Mazlan sedang menunaikan umrah. 

"Mereka bernikah pada 17 Disember ketika Misya berada di Makkah. Sehari selepas Misya pulang, Aslam ada bertemu dengannya.

"Aslam juga sudah memberitahu Misya bahawa dia dan Marissa mahu berkahwin.

"Marissa yang mengajak mereka untuk berkahwin selepas Aslam rujuk semula dengan Misya pada Oktober tahun lalu," katanya.

Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila Misya menerusi satu hantaran di media sosial mendedahkan Marissa menjadi penyebab utama dirinya diceraikan suaminya.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula ketika dalam tempoh idah.

Selain itu menurut sumber dari Mstar, perkahwinan pasangan itu juga sudah diketahui oleh keluarga kedua belah pihak namun, Abby dan Norman membantah sekerasnya. Malah, kedua selebriti itu meminta agar anak perempuannya itu berpisah dengan Aslam.

Difahamkan juga, Aslam dan Marissa masih belum mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah di Malaysia. 

"Ada perjumpaan keluarga selepas dapat tahu mereka bernikah di Thailand. Keluarga Marissa tidak bersetuju dengan pernikahan itu dan meminta mereka untuk berpisah.

"Bagaimanapun, Aslam dan Marissa tidak dapat menerima cadangan itu dan enggan berpisah seperti yang diminta," jelasnya lagi.

Sehingga kini, Marissa, Aslam, Norman dan Abby masih lagi mengunci mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. 

 

Sumber: Oh Bulan & Mstar

Destination: