"Umrah Adalah Ibadah" - Dr Zulkifli Tegur Tindakan Hafiz Mahamad Muatnaik Video Berebut Cium Hajar Aswad
HIBURANNama usahawan dan influencer terkenal, Hafiz Mahamad sekali lagi menjadi tumpuan ramai ekoran sebuah video yang dimuatnaik sendiri empunnya badan. Hafiz di akaun Instagramnya telah memuat naik video yang memaparkan keadaan orang ramai yang sanggup berhimpit dan berasak-asak untuk mencium Hajar Aswad.
Menerusi video tersebut, Hafiz bersama teamnya sedang mengerjakan umrah dan berlaku pergelutan ketika mahu mencium hajar aswad.
Disebabkan ingin merealisasikan keinginan isteri dan ‘team’ mendekati hajar aswad, Hafiz berhimpit dalam ribuan jemaah untuk memastikan pasukannya mendapat peluang mencium hajar aswad
Hal tersebut menyebabkan kain ihram yang dipakai Hafiz dilihat tertanggal sehingga menampakkan sebahagian daripada badannya.
"Team saya teringin sangat nak cium batu hajar aswad. Mereka dapat cium ke? Tengok jap lagi. InsyaAllah dengan izin-Nya.
“Batu hajar aswad berjuta datang sini nak ciumnya tapi cabaran dia tak mudah. Dari dulu kalau saya datang ke umrah, saya akan cium batu hajar aswad. Sebab saya selalu relate dengan kehidupan, ibarat semua orang menuju ke satu tempat untuk berjaya.
“Tapi ada orang guna cara baik dan ada orang menuju dengan cara tak baik,” katanya.
Walau bagaimanapun, tindakan tersebut telah mendapat teguran dan kritikan orang ramai yang rata-ratanya berkata bahawa dia terlalu suka membuat ‘content’ sehingga sanggup melakukannya di hadapan Kaabah.
Bukan sahaja netizen, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan juga ada mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan perbuatan tersebut.
Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu,” tegurnya.
Bukan itu sahaja, Dr Zulkifli juga memberi teguran berkenaan dengan perbuatan mencium hajar aswad dan mengatakan bahawa ia adalah sunat dan boleh menjadi haram jika mendatangkan kesakitan.
"Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.
“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” katanya.
UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) March 3, 2024
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kpd diri sendiri dan…
Sumber: X & Instagram