Kahwin Ketika Wife Sedang Mengandung, Adik Ipar Dakwa Alif Teega Pernah Pukul Aisyah Hijanah – ‘Dayus! Sanggup kau pukul bini kau?'

HIBURAN
November 27, 2023 - 10:39 AM


Pempengaruh media sosial, Alif Teega telah membuat pengakuan yang mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dua pada 18 November lalu.

Alif yang berkongsi di akaun Instagramnya menjelaskan bahawa tujuan dia berkongsi status terkini dirinya itu kerana enggan menimbulkan sebarang fitnah dan menjawab segala khabar angin yang bertebaran.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

"Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

"Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini," jelasnya.

Pendedahan tersebut telah mengundang kecaman orang ramai lebih-lebih lagi apabila Aisyah Hijanah sedang hamil anak ketiga mereka dengan usia kandungan lima bulan.

Walau bagaimanapun, tidak lama selepas dia membuat pendedahan tersebut, timbul satu kenyataan yang mengejutkan dari adik lelaki Aisyah Hijanah iaitu Amirul Adni Rustam.

Dipetik dari seorang penguna X, remaja tersebut mendakwa bahawa kakaknya yang juga pempengaruh pernah menjadi mangsa pukul Alif.

"Wahai Alif, kami sekeluarga (Aisyah) tahu dan tengok setiap aksi yang kau dah buat dekat kakak aku. Dayus! Sanggup kau pukul bini kau? Kata sayang bro? Bini kau tengah mengandung anak ketiga, kau berseronok dengan perempuan lain.

"Jangan lupa bukti yang kau nak hapuskan dashcam dalam kereta. Puas ke pukul kakak aku? Telefon berkecai. Anak kau kata ‘baba jahat’, dah membuktikan dah," tulisnya di Instagram Stories

Ujar remaja berusia 21 tahun ini lagi, dia terpaksa masuk campur hal dan menceritakan perkara sebenar kerana tidak sanggup melihat kakaknya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Kalau dah sampai kau angkat tangan dan kaki kau dekat kakak aku, memang aku masuk campur. Memalukan nama influencer yang membawa konten agama,"

"Kau kalau dah nampak dan tahu story ini... Kalau sesekali naik tangan sebab nak lepaskan geram tahulah apa akibatnya yaa," tegas lelaki itu dalam story Instagram yang lain.

Allahu.... Wife tengah pregnant 5 bulan kot, sungguh tega kau menduakan Aisyah.

 

Sumber: Oh Bulan & Harian Metro

Destination: