"Harini Abang Akan Masuk Lokap" - Selepas Rekod Perubatan, Voice Note Aisyah Dikasari Pula Tersebar

HIBURAN
November 30, 2023 - 10:42 AM


Nampaknya isu rumah tangga antara Aisyah Hijanah dan Alif Teega masih menjadi perbualan ramai di pelbagai media sosial. Bermula dari pengumuman kahwin dua sehingga laporan perubatan dari sebuah klinik swasta yang menunjukkan Alif memukul isterinya, pelbagai 'kebenaran' mengenai pasangan ini terbongkar.

Awal pagi ini, muncul pula sebuah rakaman suara yang sedang viral di platform TikTok. Khabarnya rakaman suara tersebut didakwa milik Aisyah dan Alif dan isi kandungan rakaman audio tersebut menunjukkan pergaduhan antara mereka.

Menerusi voice note tersebut, kedengaran Alif yang seakan tidak berpuas hati dengan Aisyah kerana memuat naik mengenai masalah rumah tangga mereka di media sosial.

"Tak payahlah. Abang tak cerita apa-apa dekat sosial media," katanya.

Namun apa yang mengejutkan orang ramai ialah pendedahan yang dibuat Aisyah yang mendakwa Alif telah mencederakan dirinya.

"Hari ini abang akan masuk lokap sebab abang hentak kepala abang dekat kepala Aisyah tadi kan?

"Khadijah nampak dan sampai lebam tangan Aisyah. Aisyah tak start physical abuse eh.

"Bagus sangat, hari ini abang akan masuk lokap," tegasnya.

Dalam masa yang sama, Alif dilihat mempertahankan dirinya dengan mengatakan bahawa tindakannya itu adalah kerana sudah hilang sabar dengan isterinya.

"Aisyah yang mula dulu (kekerasan), Aisyah kutuk dan banyak kali dah hina abang. Aisyah tak hormat abang sebagai seorang suami.

"Macam mana abang tak marah? Abang cakap elok-elok, ‘Jangan hina abang depan Khadijah’. Tapi Aisyah buat lagi dan lagi," jelas Alif

 

@prncs__

takut ye dengar ni & tak sangka alif begini🙏🏻😔

♬ original sound - 🫧

 

Sumber: TikTok & Oh Bulan

Destination: