"The Real Musibat" - Rekod Perubatan Tersebar, Aisyah Dipukul Berulang Kali Sewaktu Mengandung?
HIBURANIsu mengenai kisah rumah tangga influencer dan juga seorang usahawan, Alif Teega yang berkahwin dua masih hangat diperkatakan di pelbagai media sosial.
Selepas didakwa memukul isteri pertamanya Aisyah Hijanah, Alif telah mengeluarkan satu kenyataan penafian di Instagram Stories.
“Allahurabbi. Terlalu melampau, tak apa apa demi Allah saya tak maafkan. Bila dah bermain dengan maruah saya, saya terpaksa untuk ambil tindakan undang-undang walaupun datangnya dari keluarga saya sendiri,” katanya.
Terbaru, seorang lelaki yang dikatakan adik kepada Aisyah, Amirul Adni Rustam telah membuat beberapa hantaran di Instagram Stories yang menunjukkan laporan perubatan yang dipercayai milik Aisyah.
Rekod perubatan tersebut dipercayai menunjukan Aisyah pernah ke pusat perubatan untuk mendapatkan rawatan setelah didakwa dipukul oleh Alif Teega.
"Saya berani disini menegakkan mana yang benar!
"Allah tidak tidur dan melihat segalanya! Kita tunggu ya," tegasnya.
Selain daripada Instagram Stories, seorang individu juga memuat naik beberapa foto menunjukkan laporan perubatan Aisyah Hijanah di laman sosial X.
alif you sickening fuck. “kalau lah ianya benar” sgt. why would her own family tipu? sanggup pukul isteri sbb nk kahwin lain. bodoh pic.twitter.com/WaFax8RzRm
— sofeabxns (@sofeabxns) November 29, 2023
Menerusi laporan tersebut, Aisyah dikatakan mengalami bengkak pada lengan setelah didakwa direntap oleh suaminya dalam satu kejadian pada 10 Oktober lalu. Difahamkan, ketika kejadian didakwa berlakunya pertengkaran antara mereka berdua.
Menerusi rekod seterusnya, Aisyah didakwa telah dipukul beberapa kali oleh Alif dalam tempoh setahun. Kali terakhir adalah pada 9 November lalu dan kejadian itu didakwa berpunca disebabkan orang ketiga.
Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada perkara yang dikongsikan ini benar ataupun tidak.
Sumber: X & Oh Media