“Kalau Dah Nama Lelaki, Sampai Mampus Orang Akan Tetap Salahkan” – Sharnaaz Ahmad Tuju Siapa?

HIBURAN
March 15, 2024 - 12:39 PM


Disaat industri hiburan sedang panas dengan isu membabitkan penyanyi, Aliff Aziz yang ditangkap khalwat bersama pelakon, Ruhainies, kenyataan yang dikeluarkan Sharnaaz Ahmad juga mengundang perhatian.

Menerusi akaun Instagram peribadinya, Sharnaaz telah memuat naik satu foto dengan kapsyen yang menyatakan 'lelaki selalunya akan dipersalahkan'.

"Kalau dah nama lelaki, sampai mampus pun orang akan tetap salahkan.

"Tapi orang tak akan pernah tanya kenapa dia (lelaki) marah atau buat macam tu. Hey kawan, teruskan biar mati kita bermakna satu hari kelak. Salam Ramadan," tulisnya. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang hairan dengan kenyataan tersebut. Ada yang merasakan bahawa kapsyen tersebut ditulis untuk mempertahankan golongan lelaki lagi-lagi sedang hangat tentang kes curang.

Namun, tak kurang ramai juga netizen yang membuat spekulasi bahawa kaspyen itu ada kaitan dengan Amelia Christie memandangkan mereka berdua baru saja putus cinta.

Sebelum ini,  Amelia telah mengesahkan yang dirinya tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan Sharnaaz. 

 

Sumber: Instagram

Destination: