"Nabila Adalah Manusia Yang Kau Tak Boleh Nak Cemburu & Marah" - Sharnaaz Ahmad

HIBURAN
March 01, 2024 - 10:28 AM


Hubungan baik antara pelakon, Sharnaaz Ahmad dengan bekas isterinya, Noor Nabila sering dipuji dan dijadikan contoh oleh ramai pihak. Walaupun sudah bercerai beberapa tahun lepas, mereka tetap mampu berhubungan baik untuk menjaga kebajikan anak mereka iaitu Jebat Jayden.

Terbuka untuk berkenalan dengan orang baru, Sharnaaz dalam satu temu ramah dengan sebuah media menjelaskan bahawa sesiapa yang mahu berkenalan dengannya tidak perlu rasa cemburu jika dia masih berhubung dan selalu berjumpa dengan Nabila.

"Benda ini saya dah pernah cakap dekat sesiapa pun yang ingin berkawan dengan saya bahawa manusia yang mereka tidak boleh cemburu adalah Nabila. Itu adalah perkara pertama yang saya akan pesan.

"Kepada Amelia dan mana-mana GF saya yang sebelum ini pun, saya akan cakap benda yang sama. Perempuan lain kau nak marah boleh, ikan di laut kau nak marah boleh tapi kalau Nabila kau tak boleh," katanya.

Sharnaaz juga menegaskan bahawa orang baru dalam hidupnya perlu memahami keadaan tersebut kerana dia dan Nabila selalu berurusan mengenai anak mereka.

"Sebab dia adalah ibu kepada anak saya. Jadi, kalau saya selalu berjumpa, bercakap atau bermesej dengan dia, tak boleh cemburu. Kalau tak percaya, kau mesej dia sendiri.. aku okay, no problem.

"Kalau kau cemburu dengan dia maknanya kau ada masalah bila aku menguruskan anak aku. Alhamdulillah, setakat ni takde siapa lagi yang berani cakap," katanya lagi.

 

Sumber: Instagram & Hlive

Destination: