Kyuhyun Super Junior Hampir Ditikam Wanita Tak Dikenali

HIBURAN
November 21, 2023 - 03:47 PM


Baru-baru ini, penyanyi Kpop dari kumpulan Super Junior, Kyuhyun mengalami kecederaan selepas diserang oleh seorang wanita yang tidak dikenali. Khabarnya, wanita tersebut menyerangnya menggunakan sebilah pisau.

Menurut sumber, individu tersebut adalah seorang wanita yang berusia 30-an. Wanita tersebut memasuki bilik rehat penyanyi berkenaan sebelum bertindak menikamnya.

Media dari Korea, Chosun Ilbo melaporkan wanita itu menyerbu masuk bilik berkenaan tanpa kebenaran selepas Kyuhyun selesai membuat persembahan.

Difahamkan, Kyuhyun mengalami kecederaan pada bahagian jari kerana mengelak tusukan pisau daripada wanita tersebut.

Susulan itu, pihak polis sudah menahan wanita tersebut dan kini berada dalam tahanan bagi menyiasat motif kejadian sama ada terdapat unsur dendam.

Kyuhyun pula memberi penjelasan bahawa dia tidak mengenali wanita tersebut malah yakin bahawa dia tidak mempunyai sebarang musuh.

Kredit: MStar

Destination: