Sah! Semua Ahli BLACKPINK Perbaharui Kontrak Dengan YG Entertainment

HIBURAN
December 06, 2023 - 12:10 PM


Desas-desus masa depan kumpulan global Kpop, BLACKPINK akhirnya terjawab apabila agensi yang menaungi mereka, YG Entertainment telah mengeluarkan satu kenyataan berkenaan kumpulan tersebut pada hari ini.

Dalam satu kenyataan, YG Entertainment telah mengesahkan bahawa kesemua ahli kumpulan BLACKPINK telah memperbaharui kontrak dengan agensi tersebut, tetapi untuk aktiviti kumpulan.

"Selepas perbincangan yang teliti dengan BLACKPINK, kami telah menandatangani kontrak eksklusif baru untuk aktiviti kumpulan itu, berdasarkan kepercayaan kukuh yang dipegang antara satu sama lain," kongsi YG.

CEO YG iaitu Yang Hyun-suk juga turut memberi komen mengenai hubungan berterusan bersama BLACKPINK,

"Saya gembira kerana dapat meneruskan hubungan saya dengan BLACKPINK. Pada masa hadapan, BLACKPINK akan melakukan yang terbaik untuk bersinar lebih cerah dalam pasaran muzik global dan sebagai artis K-Pop. Saya akan memberikan mereka sokongan penuh dan kepercayaan terhadap apa yang mereka lakukan," katanya.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan berkenaan dengan kontrak persendirian atau solo setiap ahli BLACKPINK. Hal ini kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak menjelaskan sama ada the pinks akan turut bekerjasama dengan agensi tersebut untuk aktiviti solo mereka atau tidak.

Finally BLINKS, diaorang tak disband!!!

 

Sumber: Kimchi Daily

Destination: