"Ni Siapa Pulak?" - Kekasih Gelap Aliff Aziz Kecewa Ditipu, Mengaku Aliff Aziz Menduakannya

HIBURAN
April 22, 2024 - 11:15 AM


SEORANG wanita tampil mendakwa dirinya adalah teman wanita kepada pelakon sensasi Aliff Aziz.

Menerusi pendedahan di akaun Instagramnya, wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine itu tanpil memberi kenyataan bagi menjernihkan keadaan kerana tidak sanggup melihat Aliff Aziz dicerca keseorangan.

“Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan yang ingin saya jelaskan lebih lanjut.

“Memang apa yang dilakukan Aliff itu salah. Tapi Aliff tidak berhak dituduh berseorangan kerana apa yang saya lihat di media sosial hanya Aliff yang banyak dikecam, dibenci dan dikeji,” ujarnya.

Malah, apa yang lebih memeranjatkan wanita itu turut terkejut apabila kekasih gelapnya itu masih berhubung rapat dengan pelakon wanita yang telah ditangkap khalwat bersama Aliff baru-baru ini.

“Saya mengambil telefon Aliff dan melihat perbualannya di Whatsapp bertulis nama ‘NRF’ iaitu perempuan yang ditangkap khalwat bersama dia.

“Saya agak terkejut apabila melihat perbualan mereka seperti sedang bercinta sedangkan dalam masa sama dia bercinta dengan saya. Hati saya hancur kerana Aliff Aziz,” ujarnya.

Tidak terhenti disitu, wanita tersebut turut mendakwa individu berinisial ‘NRF’ telah menjadi ‘dalang’ untuk membolak-balikkan rumahtangga penyanyi tersebut.

“Saya teruskan membaca perbualan mereka dan alangkah terkejutnya saya apabila melihat rancangan NRF untuk membolak-balikkan hati Aliff kepada Bella.

“Rupanya apa yang Aliff buat selama ini adalah untuk protect NRF dan semua yang dilakukan Aliff adalah dengan kata-kata dan suruhan NRF,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pada 9 Mac lalu, nama Aliff Aziz terpalit dengan kontroversi apabila dia dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara bersama pelakon Ruhainies.

Susulan itu, kedua-dua pelakon itu menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf namun menafikan dakwaan mereka berkhalwat.

Isteri Aliff iaitu Bella Astillah kemudiannya memfailkan penceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu namun pelakon itu enggan menceraikannya pada sebutan kes pada 4 April lalu.

Kes penceraian Aliff dan Bella disambung semula pada 4 Jun depan.

Destination: