Pelakon Parasite, Lee Sun Kyun Ditemui Meninggal Dalam Kereta, Isteri Jumpa Nota Bunuh Diri

HIBURAN
December 27, 2023 - 01:06 PM


Mengejutkan! Itulah yang dirasakan ramai peminat Kdrama dan Kfilem apabila mengetahui berita mengenai pelakon terkenal dari Korea, Lee Sun-Kyun yang disahkan meninggal dunia. Dikhabarkan, mayatnya ditemui di tempat letak kenderaan di Taman Waryong, Seoul, Korea Selatan pada pukul 10.30 pagi tadi.

Berita tersebut disahkan oleh Balai Polis Seongbuk Seoul selepas menerima panggilan daripada isterinya iaitu Jeon Hye-jin yang memaklumkan suaminya meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi nota bunuh diri sebelum menghilang.

Walaupun ramai yang tidak percaya bahawa bintang filem popular Parasite itu mati disebabkan bunuh diri, namun hal tersebut tidak dapat disangkal apabila pihak polis menjumpai sejenis arang beracun (charcoal-burning suicide) yang dipercayai digunakan untuk tujuan tersebut.

Sebelum ini, kecoh di negara Korea apabila selebriti berusia 48 tahun itu dikatakan terbabit dengan kes penyalahgunaan dadah marijuana di sebuah kelab malam di daerah Gangnam.

Bagaimanapun, Sun-kyun menafikan tuduhan terbabit semasa siasatan polis dan memaklumkan tidak mengetahui jenis pil yang diberikan oleh individu yang dikenali sebagai Mr. A adalah dadah.

Sebelum meninggal dunia, bapa kepada dua orang anak itu pernah bercadang untuk menjalani ujian pengesan pembohongan (lie detector test) menerusi peguamnya.

 

Sumber: Kosmo & X

Destination: