"Saya Nak Bawa Abang Pergi Healing" - Peminat No 1 Nak 'Sponsor' Tyzo Ke Luar Negara
HIBURANHujung minggu lepas, industri hiburan digemparkan dengan isu yang membabitkan seorang penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander yang ditamatkan kontrak kerjanya secara tiba-tiba.
Penamatan kontrak yang berlaku secara tiba-tiba itu tersebut pastinya memberi kesedihan kepada tuan badan iaitu Tyzo.
Tidak betah melihat penyampai radio kesayangan kesedihan, seorang lelaki yang mengaku sebagai peminat nombor satu bertindak untuk menaja percutian untuk bekas penyampai radio Suria FM itu ke luar negara.
Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, individu yang bernama Razi Jamit itu bercadang mahu membawa Tyzo melancong ke beberapa buah negara sama ada Iceland, Norway, Switzerland ataupun New Zealand.
@razijamit Harap sampailah video ni kat abang Tyzo.. @tyzo X xander ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby - Azuline
Menurut Razi yang juga seorang pemandu pelancong, dia mahu penyampai radio kegemarannya itu menenangkan fikiran sebelum mula bekerja semula.
"Saya sebagai peminat nombor satu abang Tyzo, saya ingin bawa abang Tyzo pergi healing, travel.
"Tujuannya supaya dapat relax, healing. Lupakan sekejap pasal kerja. Saya tahu abang Tyzo hardworking dan komited terhadap kerja," katanya.
Bukan itu sahaja, Razi juga menjelaskan bahawa segala keperluan untuk bercuti akan disediakannya.
"Abang Tyzo tak perlu nak pening-pening fikir. Saya dah siapkan semua dari A sampai Z. Ambil beg baju.. pasport. Kalau abang Tyzo on esok, esok juga saya boleh bawa abang Tyzo pergi jalan.
"Niat saya baik, saya nak bawa abang Tyzo jalan-jalan release tension," jelasnya lagi.
Sumber: TikTok & Lobak Merah