"Tak Perlu Bayar RM 200,000" - Amelia Menang Rayuan, A.Aida Putih Mata

HIBURAN
October 27, 2023 - 12:19 PM


Disebabkan isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu, pelakon Amelia Henderson diperintah membayar ganti rugi kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. 

Yakin bahawa dia tidak melanggar kontrak, Amelia kemudiannya telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 pada 18 April lalu.

Terkini, Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, berjaya dalam rayuannya bagi mengetepikan bayaran ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi milik penerbit A.Aida. 

Menurut Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong, keputusan sedemikian diputuskan selepas membenarkan rayuan Amelia selaku pemohon dalam rayuan itu selain telah meneliti segala rekod rayuan secara maksima dan hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan Amelia perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah 5 peratus kepada syarikat produksi bermula hari ini (keputusan dibuat).

Terdahulu, pada 7 April lalu, Amelia diperintah membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.

Sumber: Kosmo

Destination: