"Tiada Sebarang Insiden Perebutan Berlaku" - Noh Salleh Berat Hati Lepaskan Musa Kembali Ke Mizz Nina

HIBURAN
January 15, 2024 - 11:37 AM


Beberapa hari kebelakangan ini, hangat isu yang membabitkan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dikatakan menculik anak angkatnya, Musa dari bekas isterinya, Mizz Nina. 

Namun, dakwaan menculik tersebut dinafikan sendiri oleh tuan badan. Menurut Noh, Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati dan amanah tersebut telah diberikan kepadanya.

“Saya mahu menyangkal cerita tentang penculikan anak itu. Tiada penculikan langsung. Musa telah diserahkan oleh ibu kandungnya untuk saya jaga dengan rela hati. Kepercayaan diberikan kepada saya mengikut dokumen dan undang-undang yang sah. Sekarang, Musa memang di bawah jagaan saya. Dia gembira bersama saya,” kata Noh.

Terkini, menerusi sebuah hantaran di Instagram, penyanyi tersebut memaklumkan Mizz Nina telah hadir ke rumahnya lebih kurang jam 8.30 malam untuk mengambil anak.

Menurut Noh lagi, Mizz Nina dikatakan datang bersama suaminya, pihak polis, beberapa individu lain yang tak dikenali bersama dengan perintah interim (jagaan sementara) daripada mahkamah syariah.

Menghormati perintah mahkamah tersebut, Noh dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam berkenaan dengan hal tersebut.

Noh juga menjelaskan bahawa tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi dan percaya dengan jalan perdamaian adalah penting untuk mental dan fizikal Musa.

 

Sumber: Instagram 

Destination: