D’Teratai Anggun Sepintas - Port Percutian Keluarga Dengan Chalet Unik Tiga Segi Di Selangor!

October 21, 2021 - 02:21 PM


Bila dah boleh rentas negeri ni, mesti ramai yang tak sabar nak berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga yang dah lama tak jumpa dan bercuti di homestay besar yang luas serta dilengkapi kolam renang untuk anak-anak bermandi-manda.

Kalau korang masih belum temui homestay yang sesuai untuk lokasi perjumpaan keluarga besar korang, apa kata cuba D’Teratai Anggun Sepintas yang terletak di Sabak Bernam, Selangor!

Menariknya penginapan di sini selain menyediakan homestay 2 dan 3 bilik, ia turut memiliki chalet unik berbentuk tiga segi berwarna-warni mirip seperti design rumah di Brighton Beach, Australia.

Jumlah kesemua penginapan yang disediakan di  D’Teratai Anggun Sepintas adalah sebanyak 29 buah bilik!

Korang ada keluarga kecil atau besar, tempat ini memang sesuai untuk sebuah percutian yang selesa dan menyeronokkan.

Mana taknya, selain bilik yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas -- paling best apabila di sini juga disediakan 2 buah kolam renang yang luas iaitu satu bagi orang dewasa manakala satu lagi untuk kanak-kanak. 

Sambil ibu bapa kuak lentang dalam kolam, anak-anak pun dapat bermandi-manda dengan riang di kolam bersebelahan.

Selain menghabiskan masa di kolam renang, banyak juga aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini antaranya membuat barbeku dan bermain permainan sukaneka.

Jadi tunggu apa lagi, jom start packing beg dan konvoi kereta dengan ahli keluarga lain ke D’Teratai Anggun Sepintas hujung minggu ni! Hehehe...

D'TERATAI ANGGUN SEPINTAS

Alamat: Lot 178, Batu 2 Sepintas Sabak Bernam, 45200 Sabak, Selangor.

No Tel: 014-929 7587

Facebook: D'Teratai Anggun Sepintas

Destination: