Jom Pergi Resort Tepi Sungai Yang Cantik Di Huda’s Haven Resort
TRAVELKita selalu dengar dan baca mengenai resort yang terletak di dalam hutan, atau resort yang terletak di tepi pantai. Tapi kali ni, memang resort ni terletak betul-betul di tepi sungai. Kalau korang tak tahu nak buat apa weekend ni, boleh stay di Huda’s Haven Resort, confim best.
Untuk datang ke sini, korang cuma perlu drive selama satu jam je kalau korang datang dari bandar Kuala Lumpur. Huda’s Haven Resort terletak di Batang Kali, Selangor. Sepanjang perjalanan korang masuk ke sini, korang akan nampak flora dan fauna yang sangat cantik dan akan membuatkan korang lupa dengan kesibukan bandar.
Kami suggest kalau datang sini, bawa satu family. Memang lokasi ini sesuai untuk korang meluangkan masa bersama dan mengeratkan hubungan sesame keluarga. Korang boleh pilih untuk tidur di penginapan yang disediakan, atau kalau korang ekstrem sikit, korang boleh camping di luar.
Dari segi makanan pula, lokasi ini agak dalam dan bahaya untuk korang drive malam-malam cari makanan. Jadi waktu korang book bilik tu, book sekali makan malam ya. Ada banyak pakej makanan yang disediakan dan harganya bermula serendah RM5 je.
Menu pun menu makanan melayu dari daging masak hitam, ayam goreng berempah, dan banyak lagi lah. Boleh check sini menu dia.
Aktiviti pun banyak di Huda’s Haven Resort ni, korang boleh naik ATV pusing-pusing hutan, memancing, dan berbasikal. Of course, korang boleh mandi sungai! Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai resort ni. Korang boleh pergi ke laman web utama mereka.