Banyak Tahun Tinggal Puasa, Ini Cara Untuk Ganti Puasa & Bayar Fidyah
ISLAMIKBagi yang terlupa bilangan hari yang perlu ganti puasa, ulama menyarankan mengambil kaedah seperti solat iaitu berdasarkan hadith :
إذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيُلْقِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى الْيَقِينِ
Maksudnya:
“Apabila ragu salah seorang dari kamu dalam solat, hendaknya dia buang keraguannya dan dia ambil yang lebih meyakinkan.” (Riwayat Abu Dawud dan disahihkan oleh al-Albani)
Orang yang sedang solat Asar lalu terlupa adakah dia sedang di rakaat kedua atau ketiga, dia wajib pilih rakaat kedua kerana itu akan menghapuskan keraguan rakaat ketiga.
Demikian dengan puasa, jika terlupa bilangan hari tertinggal puasa, maka wajib untuk mengambil bilangan yang banyak sehingga ia meyakinkan.
Berkata Ibnu Qudamah dalam kitabnya al-Mughni:
إذا كَثرَت الْفوائتُ عليهِ يتشاغلُ بالقضَاء فَإِنْ لَمْ يَعْلَمْ قَدْرَ مَا عَلَيْهِ فَإِنَّهُ يُعِيدُ حَتَّى يَتَيَقَّنَ بَرَاءَةَ ذِمَّتِهِ
Maksudnya:
“Apabila tanggungan puasa sangat banyak, dia wajib terus-menerus melakukan qada’. Jika dia tidak tahu berapa jumlah hari yang menjadi kewajipan puasanya, maka dia wajib mengulang-ulang qada’ puasa sampai dia yakin telah menggugurkan seluruh tanggungannya.”
Sebagai contoh, jika terlupa tertinggal puasa tahun-tahun lepas, samada 10 hari atau 15 hari, maka pilihlah 15 hari agar terhapus keraguan.
Mengenai fidyah pula, wajib untuk kita hitung dahulu jumlah yang perlu diganti puasa kemudian barulah mengeluarkan fidyah.
Ada dua kaedah kiraan fidyah iaitu dengan menggandakan fidyah setiap tahun atau jika terlalu banyak dan tidak berkemampuan untuk membayar dengan jumlah gandaan, maka harus juga untuk tidak menggandakan.
Wallahua’lam.
HUKUM TIDAK MENGGANTIKAN PUASA
Hukum Meninggalkan Puasa Ganti
Haram dan berdosa besar bagi sesiapa yang melewat qada’ atau ganti puasa sehingga masuk bulan Ramadan berikutnya, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya.
Jika seseorang sempat menyelesaikan puasa ganti yang ada, sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya sehingga masuk bulan Ramadan seterusnya, individu tersebut bukan sahaja wajib menggantikan puasa itu di hari lain, bahkan dia juga wajib membayar fidyah atau denda.
Ini berdasarkan hadis Saidatina Aisyah RA: “Pernah aku mempunyai hutang puasa Ramadan, aku tidak mampu mengqada’nya melainkan di bulan Syaaban. Kesibukan melayani Rasulullah SAW telah menghalang aku daripada mengqada’nya,” (HR Bukhari & Muslim)
Cara Melaksanakan Puasa Ganti
Menurut jumhur ulama, kata Asma’ Harun, satu hari puasa yang ditinggalkan adalah wajib digantikan dengan satu hari yang lain sebelum masuk bulan Ramadan seterusnya.
“Contohnya, jika seseorang meninggalkan puasa di bulan Ramadan sebanyak 7 hari, maka dia wajib menggantikannya dengan jumlah yang sama iaitu berpuasa sebanyak 7 hari juga.
Walau bagaimanapun, bagi orang sakit yang tiada harapan sembuh serta orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya), tidak diwajibkan untuk qada’ (ganti) puasa melainkan dengan membayar fidyah.
MAKNA FIDYAH DAN KADARNYA
Makna Fidyah
Fidyah dari segi bahasa bermaksud gantian, manakala dari segi istilah adalah denda ke atas mukallaf (orang Islam) yang telah baligh (cukup umur) kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) Ramadan.
Hukum melunaskannya adalah wajib mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Hal ini adalah berdasarkan firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat ke-184:
أَيَّامًۭا مَّعْدُودَٰتٍۢ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍۢ فَعِدَّةٌۭ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى ٱلَّذِينَ يُطِيقُونَهُۥ فِدْيَةٌۭ طَعَامُ مِسْكِينٍۢ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًۭا فَهُوَ خَيْرٌۭ لَّهُۥ ۚ وَأَن تَصُومُوا۟ خَيْرٌۭ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ ١٨٤
Maksudnya: “Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui,”
Sebab-sebab Dikenakan Fidyah:
1. Orang yang sakit dan tiada harapan sembuh.
2. Orang tua yang lemah dan renta (tidak berdaya).
3. Wanita hamil yang risaukan kesihatan kandungannya sahaja.
4. Wanita yang menyusukan anak kerana risaukan anaknya sahaja.
5. Orang yang menunda-nunda untuk qada’ (ganti) puasa sehingga masuk Ramadan yang berikutnya.
6. Orang yang telah meninggal dunia dan tidak sempat untuk menggantikan puasa sedangkan semasa hidupnya, dia mampu melaksanakannya. Maka, waris perlu membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian harta dilakukan.
Kadar Fidyah
Menurut mazhab Syafie, kadar fidyah yang diwajibkan adalah satu hari puasa yang ditinggalkan perlu dibayar dengan secupak makanan asasi untuk diberikan kepada golongan fakir. Secupak bersamaan kira-kira 600 gram atau seraup atau 1 ⅓ kati Baghdad.
Wajib bagi seseorang itu menggantikan puasa pada selepas daripada Ramadhan tahun tersebut sebelum menjelangnya Ramadhan tahun berikutnya. Jika tidak sempat melaksanakan wajib menggantikannya selepas Ramadhan tersebut namun, fidyah tetap dikenakan. Hal ini kerana ganti puasa yang dilakukan adalah lambat daripada tempoh yang sebenar.
Yayasan An Nabawi membuka peluang kepada kalian utk membayar fidyah melalui kami. Serendah RM4 sahaja.
Hanya darabkan bilangan hari tertinggal puasa x RM4 sahaja.
Info lanjut dan pembayaran pantas dan selamat di sini : ezy.la/k83
Atau boleh juga transfer ke :
YAYASAN AN NABAWI
Maybank : 562106860036
CIMB Bank : 8605040696
Bank Islam : 12038010146587
Reference : Fidyah Puasa
Hubungi pegawai :
www.wasap.my/60149200024/FidyahPuasa
014-9200024