10 Fakta Unik Tentang Jakarta Ini Bakal Membuat Anda Lebih Mahu Kesana

TERKINI
July 01, 2019 - 04:02 PM


Seperti yang kita sedia tahu, ibu negara Indonesia terletaknya di Jakarta. Terletak di kepulauan Jawa, Jakarta mempunyai populasi melebihi 10 juta orang (statistik tahun 2014) dan pada tahun ini, Jakarta akan menyambut ulang tahun ke 492 tahun!

Dikenali sebagai Daerah Khusus Ibukota Jakarta, ia juga merupakan bandar yang terbesar di Indonesia selain menjadi pusat ekonomi, kebudayaan serta politik.

Sebenarnya, terdapat banyak ‘rahsia’ dan fakta unik berkenaan Jakarta yang kurang diketahui orang ramai. Antaranya, nama Jakarta itu sendiri sebenarnya telah bertukar sebanyak 10 kali!

Berikut adalah fakta berkenaan Jakarta yang ramai tak tahu :

#1.  Bandar dengan status wilayah atau provinsi

Sejak merdeka sehingga tahun 1958, Jakarta merupakan sebahagian daripada Jawa Barat. Bermula pada tahun 1961, status Jakarta diubah menjadi Daerah Khusus Ibu Kota (DKI).

Difahamkan, Indonesia terdiri daripada 34 buah wilayah atau dipanggil provinsi dan empat daripadanya mempunyai status khusus iaitu; Aceh, Daerah Khurus Ibukota Jakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta dan Papua.

 

#2. Nama Bertukar Sebanyak 10 Kali

Kota yang terkenal sebagai Jakarta ini sebenarnya dikenali sebagai nama lain. Lebih tepat, ia sudah menggunakan 9 lagi nama sebelum dikenali sebagai Jakarta setelah mencapai kemerdekaan.

Antara nama lama Jakarta termasuklah, Sunda Kelapa, Sta Batavia, Gemeente Batavia, Stad Gemente Batavia, Betshu Shi, Jakarta Toko, Djakarta, Kota Praja Jakarta, Pemerintah Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta Raya dan akhirnya Jakarta.

Ada juga yang berpendapat (secara rasmi) nama lama Jakarta adalah : Sunda Kelapa (397-1527), Jayakarta (1527-1619), Batavia (1619-1942), Djakarta (1942 – 1945).

 

#3. Lambang Jakarta Dibuat Oleh Gabenor Ke-6

Lambang Jakarta yang boleh kita temui sekarang adalah dicipta atau dibuat oleh Gabenor Jakarta ke-6 iaitu Hendrik Hermanus Joel Ngantung atau dikenali sebagai Henk Ngantung.

Makna disebalik lambang tersebut ialah; Jakarta sebagai kota revolusi dan proklamasi kemerdekaan Indonesia dan Jakarta sebagai Ibu Kota Negara Indonesia.

 

4. GBK Pernah Menjadi Stadium Terbesar Dunia

Stadium Gelora Bung Karno (GBK) yang terletak di Jakarta pernah memegang rekod sebagai stadium terbesar di dunia pada 1962 dengan kapasiti 100 ribu orang. Stadium yang didirikan semasa pemerintahan Presiden Soekarno ini menelan belanja 12.5 juta USD.

Sekarang ini, status stadium terbesar dipegang oleh Stadium Rungrado di Korea Utara dengan kapasiti 114 ribu orang manakala stadium terbesar di Malaysia adalah Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti seramai 87 ribu orang (tempat ke- 19).

 

#5. Bandar Dengan Mall Terbanyak

Kalau korang ke Jakarta, satu hal yang korang tak perlu risau adalah untuk mencari shopping mall. Menurut rekod, Jakarta mempunyai sekitar 173 buah pusat beli belah.

Antara yang popular adalah Plaza Senayan, Plaza Indonesia, Grand Indonesia dan lain-lain. Memang rambang mata nak pilih mall mana nak lepak.

 

#6. Mempunyai Pesta Terbesar Di Asia Tenggara

Pameran tahunan atau Perkan Raya Jakarta (PRJ) merupakan pameran tahunan yang terbesar.

Bertujuan untuk meningkatkan pemasaran produk dalam negara, ia sekarang ini menjadi acara terbesar di Asia Tenggara.

 

#7. Bandar Paling Banyak Muzium

Sesuai dengan status sebagai pusat kebudayaan, Jakarta mempunyai 47 buah muzium yang mempunyai pelbagai latar.

Antaranya adalah Muzium Nasional, Muzium Bank Indonesia, Muzium Seni Rupa, Muzium Layang-Layang dan lain-lain.

Senang cerita, memang banyak teramat muzium di Jakarta.

 

#8. Maskot Jakarta Bukanlah Monas

Monumen Nasional atau dikenali sebagai Monas yang terletak ditengah-tengah bandar Jakarta ini sebenarnya bukan mercu tanda atau maskot Jakarta.

Lebih tepat, maskot Jakarta adalah burung elang bondol dan salak condet. Burung helang jenis Brahminy kite ni sebenarnya adalah maskot Jakarta dan sememang sangat sinonim dengan Jakarta. Kemana saja kita pergi, mesti nampak patung burung helang.

Kedua, salak condet. Salak condet ni kalau dekat Malaysia, kita panggil buah Salak. Keputusan kedua-dua ini diangkat sebagai maskot atau tarikan utama Jakarta dibuat pada tahun 1989.

 

#9. Stesyen Kereta Api Terbesar Di Asean

Dibina sejak pemerintahan Belanda, stesyan kereta api Jakarta telah mendapat status cagar budaya atau bangunan yang mendapat pengiktirafan disebabkan menjadi sebahagian daripada warisan budaya.

Dikhabarkan, hampir 580 buah kereta api akan bertolak atau tiba di stesyen ini setiap hari!

 

#10. Bandar Dengan Bangunan Pencakar Langit Terbanyak Di Indonesia

Bangunan pencakar langit dikelaskan oleh bangunan yang melebihi ketinggian 150 meter. Daripada 87 buah bandar, Jakarta berada di tempat ke-10 dengan 90 buah bangunan.

Tempat pertama dipegang oleh China dan Hong Kong dengan 355 buah bangunan dan Malaysia berada di tangga ke 17 dengan 62 buah bangunan.


PILIHAN EDITOR

 

 

Destination: