Jakarta Bukan Lagi Bandar Paling 'Macet' Di Dunia, Trafik Di Moscow Pecah Rekod Tahun 2020!

TERKINI
January 22, 2021 - 06:03 PM


Ramai yang sedia maklum bahawa ibu negara Indonesia, Jakarta sememangnya terkenal sebagai sebuah bandar yang 'macet' atau paling teruk aliran trafik jalan rayanya.

Kalau korang nak tahu, buat pertama kalinya Jakarta berjaya mengeluarkan namanya daripada senarai 10 bandar dengan kesesakan paling tinggi di dunia bagi tahun 2020, menerusi satu kaji selidik yang dinamakan Indeks Trafik Tom Tom.

Lapor Kompas.com, di dalam indeks yang dikeluarkan secara rasmi itu menunjukkan Jakarta mempunyai tahap kesesakan lalu lintas sebanyak 36 peratus dan angka tersebut turun dari 2019.

Dalam senarai terbaharu itu, Jakarta berada di tangga ke-31.

Sementara untuk rekod pada tahun 2019, Jakarta berada pada kedudukan ke-10 -- manakala 2018 di tempat ke-7.

Kaji selidik terbaharu itu dilakukan di 416 bandar dari 57 buah negara dan enam benua.

Berikut merupakan senarai 10 bandar dengan kesesakan trafik paling tinggi di dunia bagi tahun 2020 :-

1) Moscow, Rusia (54 peratus)

2) Mumbai, India (53 peratus)

3) Bogota, Colombia (53 peratus)

4) Manila, Filipina (53 peratus)

5) Istanbul, Turki (51 peratus)

6) Bengaluru, India (51 peratus)

7) Kyiv, Ukraine (51 peratus)

8) New Delhi, India (47 peratus)

9) Novosibirsk, Rusia (45 peratus)

10) Bangkok, Thailand (44 peratus)

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: