4 Bandar Yang Boleh Dilawati Menggunakan Kereta Api Dari Jakarta

TRAVEL
September 17, 2019 - 04:41 PM


Travel menggunakan kereta api merupakan salah satu cara untuk ‘meneroka’ sesebuah destinasi terutamanya golongan backpackers mahupun mereka yang ingin sedikit adventure dalam percutian mereka.

Salah sebuah destinasi kegemaran ramai dan mempunyai jaringan kereta api ke bandar lain yang berbaloi untuk kita cuba adalah di Jakarta.

Jika anda nak cuba pengalaman yang lain daripada yang lain atau nak dapatkan sedikit penjimatan dari segi penerbangan; berikut adalah bandar atau destinasi yang korang boleh lawati menggunakan kereta api dari Jakarta.

#1. Bandung

Jika anda mempunyai bajet yang tak terlalu besar tetapi ingin menjejakkan kaki ke Bandung, cara paling menjimatkan adalah menggunakan kereta api. Walaupun perjalanannya agak lama, tapi ia lebih murah berbanding tiket penerbangan terus ke Bandung.

Setibanya di stesyen Bandung, korang akan ‘disambut’ oleh sebuah bangunan lama di Jalan Braga yang dikenali sebagai Paris van Java. Kebanyakkan premis disini telah diubah atau telah didirikan kafe dan restoran.

Masa untuk ke Bandung dari Jakarta menggunakan kereta api adalah 3 jam.

 

#2. Cirebon

Terletak kira – kira 220 kilometer dari Jakarta, bandar yang terletak di Barat Kepulauan Jawa ini jaraknya perjalanannya sama seperti ke Bandung dari Jakarta iaitu sekitar 3 jam.

Banyak tarikan menarik yang boleh korang kunjungi di Cirebon. Antaranya Sunyaragi Cave Park, Istana Kasepuhan dan pusat cenderahati Batik Trusmi.

Kebiasaannya, ramai oelancong akan ke Cirebon pada waktu pagi dan menjelang petang, balik semula ke Jakarta. Kira day trip ajelah.

 

#3. Semarang

Pemulihan serta pembinaan semula kota lama Semarang telah menjadikan atau mengubah Semarang menjadi salah satu tempat tarikan di Jawa Tengah. Dari Jakarta, korang perlu turun di Stesyen Tawang.

Menariknya di sini, selain mempunyai bangunan lama yang mempunyai seni bina Eropah, terdapat juga sebuah terusan yang seakan – akan di Amsterdam. Disebabkan itu juga tempat ini digelar Little Netherlands.

Selain itu, salah sebuah tarikan disini adalah Blendung Church, sebuah gereja yang berdiri megah sejak 250 tahun yang lalu.

Cuma, kalau nak ke Semarang ni, kena tahan sikitlah. Perjalanan kereta api dari Jakarta ke Semarang mengambil masa sekitar 6 jam.

 

#4. Surabaya

Kalau ada masa yang panjang, bolehlah berkira – kira untuk ke Surabaya dari Jakarta. Sebabnya, menggunakan kereta api dari Jakarta ke destinasi ini mengambil masa 11 jam!

Ada dua stesyen utama yang boleh dituju iaitu Gubeng atau Pasar Turi. Kalau turun di Pasar Turi, korang boleh ke House of Sampoerna. Melawat kilang membuat rokok kretek jenama Sampoerna tu.

Selepas dari lawatan tu, korang boleh tuju ke Jalan Lembang Jemun, Jembatan Merah dan Masjid Sunan Ampel yang terletak di Krasak. Masjid ini merupakan peninggalan Kerajaan Majapahit.

Sementara itu, kalau korang turun di Gubeng, ada beberapa destinasi yang boleh dituju iaitu Monument Kapal Selam ataupun Zangrandi.

Zangrandi merupakai kedai menjual ais krim yang tertua di Indonesia difahamkan ia memulakan perusahaan sejak tahun 1930 lagi! Fuh, epik! 

 

Destination: