4 Kedai Bundle Di Lembah Klang Yang Korang Wajib Pergi

TRAVEL
February 10, 2021 - 04:52 PM


Untuk korang yang tak tahu, Selangor merupakan salah satu negeri yang paling banyak kedai bundle tau. Kebanyakan orang Malaysia seringkali memandang rendah dengan perkataan bundle, menganggap pakaian di kedai-kedai tersebut 'low-class'. Namun sejak kebelakangan ni, sudah ramai yang mula sedar bahawa bundle ni merupakan salah satu tempat untuk beli barangan rare pada harga yang murah.

Jadi untuk korang yang baru nak berjinak pergi shopping di kedai bundle, ini adalah 4 kedai yang korang boleh pergi di Lembah Klang:

 

1) JBR Bundle

Kalau korang nak membeli-belah di bundle, JBR merupakan nama yang terkenal dalam kalangan kaki bundle. JBR mempunyai 9 cawangan termasuk Klang. Dan yang bestnya di sini, barangan branded dan barangan biasa diletakkan di bahagian berasingan bagi memudahkan pelanggan mencari barangan yang mereka mahu. 

Alamat: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor

Facebook | Instagram

 

2) MODO Japan Preloved

Merupakan sebuah kedai bundle kecil yang menjual pakaian terpakai dari brand Jepun. Jangan risau, ada juga brand antarabangsa lain yang dijual di sini seperti Christian Dior dan Louis Vuitton. Tapi korang kena banyak bersabar la nak datang sini, SS15 memang susah nak cari parking!

Alamat: 12, Jalan SS 15/4b, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Facebook | Instagram

 

3) Bargain Basement

Kedai bundle yang terletak di dalam IOI Puchong dan korang boleh dapat pelbagai barangan di sini, bukan baju je tau. Antaranya adalah aksesori, buku, dan juga barangan rumah. Yang menariknya, keuntungan di kedai ini akan disalurkan ke pelbagai persatuan amal jariah di Malaysia.

Alamat: EB2-01 (Basement 2), IOI Mall, Puchong, Selangor

Facebook | Instagram

 

4) Yellow Kombi Vintage

Kalau korang sedang mencari barang dari zaman 1970-an macam kereta mainan, telefon, atau penutup botol, kedai bundle ni ada jual barang-barang tu. Barang branded pun ada juga seperti Converse, Vans, dan Nike. 

Alamat: Lot 159, Campell Complex, Jalan Dang Wangi, KL 50100

Facebook | Instagram

Destination: