4 Tarikan Terbaru Yogyakarta Ini Patut Ada Dalam Senarai Wajib Singgah Anda

TRAVEL
July 05, 2019 - 02:53 PM


Tak ramai yang ketahui, sebenarnya baru-baru ini ada 4 destinasi tarikan terbaru yang dibuka di Yogyakarta atau disebut Jogja. Wilayah yang teletak di Selatan Pulau Jawa ini sangat terkenal dengan seni, budaya serta destinasi pelancongan yang sangat menarik.

Tidak hairanlah kenapa ramai pelancong antarabangsa dan dari negara kita sendiri sering memilih Yogyakarta sebagai destinasi percutian. Bila sebut pasal Jogja, pasti anda akan terlintas destinas-destinasi seperti Maliboro, Parangtritis dan sebagainya.

Sebenarnya, baru-baru ini telah dibuka empat destinasi pelancongan yang baru di Yogyakarta. Disebabkan masih baru, jadi tak ramai antara kita yang ketahui empat destinasi atau lokasi ini.

 

#1. Desa Banjaroya

Desa Banjaroya merupakan satu perkampungan atau kawasan yang teletak di lereng Bukit Menoreh. Kalau nak diikutkan, ia terletak di Kawasan Kulonprogo, Yogyakarta.

Apa yang boleh dibuat disini adalah boleh sertai atau ikuti aktiviti masyarakat tempatan yang majoritinya adalah petani. Selain itu, korang boleh juga menyaksikan upacara adat, pertunjukan seni tempatan, makanan khas selain aktiviti trekking dan hiking.

Kalau tak minat aktiviti jenis macam tu, boleh ke tempat berdekatan seperti Embung Banjaroya, Andung Ancol dan banyak lagi.

 

#2. Puncak Suroloyo

Berada tidak jauh dari Banjaroya, terdapat sebuah lokasi yang tidak kurang cantik dan menarik iaitu Puncak Suroloyo. Merupakan puncak tertinggi di Menoreh, pengunjung ke sini dapat menyaksikan kecantikan keseluruhan kawasan Kulonprogo.

Katanya, dari puncak ini juga boleh kelihatan Candi Borobudur yang terletak di Magelang.

 

#3. Ladang Teh Nglinggo

Ladang Teh Nglinggo atau disebut Kebun Teh terletak dalam satu kawasan yang sama dengan Menoreh tadi. Kalau anda ke kawasan ini, lokasi ini boleh dimasukkan dalam iteneri ke Yogyakarta juga.

Selain menjanjikan panorama ladang teh yang luas, udara yang bersih, segar dan nyaman disini mampu memberikan ketenangan.

Untuk kesini, bayaran yang dikenakan adalah RP. 5000 (RM 1.50) dan disebabkan udara disini agak sejuk, boleh standby baju tebal rasanya.

 

#4. Goa Kiskendo

Juga di Kulonprogo, Goa Kiskendo ini merupakan kawasan yang mempunyai status ‘geoheritage’. Bahasa mudahnya, ia kawasan yang mempunyai nilai dari sudut geologi, saintifik, pembelajaran, kebudayaan atau mempunyai nilai tersendiri kepada penduduk tempatan.

Goa Kiskendo ini terkenal dengan lagenda tempatan yang percaya tempat ini merupakan tempat bertempur dua pahlawan berbentuk monyet yang dikenali sebagai Subali dan Sugriwa berlawan dengan raksasa Mahesasura.

Kalau nak diikutkan, Yogyakarta mahupun Inodnesia ini merupakan satu negara yang sangat besar dan tidak mustahil ada pelbagai lagi tempat menarik yang belum dijumpai.


PILIHAN EDITOR