5 Lokasi Selam Skuba Terbaik Di Asia Tenggara





Selam skuba atau skuba diving merupakan salah satu cara atau aktiviti di bawah air yang mana penyelam akan menggunakan alat pernafasan khas untuk membolehkan mereka bernafas di bawah air.

Selaman skuba ni, ia boleh dilakukan untuk tujuan rekreasi ataupun secara professional. Sekarang ni, kita tumpukan kepada yang rekreasi lah.

Kalau nak diikutkan, negara kita merupakan salah satu destinasi tumpuan penyelam – penyelam skuba dari seluruh dunia dan kita ada lebih daripada 5 lokasi selam skuba di Malaysia. Kalau korang nak explore jauh sikit, ini kami ada senarai lokasi skuba diving di Asia Tenggara pulak.

Asia Tenggara sememangnya sering menarik perhatian penyelam – penyelam seluruh dunia terutamanya disebabkan ‘rumah’ kepada Segitiga Terumbu Karang. Kawasan marin di barat Lautan Pasifik dari segi Geografinya dikelilingi oleh perairan Malaysia, Filipina, Indonesia, Papua New Guinea, Timor Leste dan Kepulauan Solomon.

Kepelbagaian ekosistem serta warna menarik terumbu di kawasan Asia Tenggara menjadikan rantau ini lokasi paling ideal dan murah untuk penyelam – penyelam. Berikut adalah lokasi skuba diving terbaik dan tercantik di Asia Tenggara.

#1. Pulau Sipadan, Malaysia

Terletak di luar pantai Sabah, Sipadan merupakan destinasi selaman skuba yang dianggap terbaik di dunia. Jika anda bernasib baik, boleh saksikan kawanan ikan barracuda yang banyak.

Selain itu, antara daya penarik Sipadan adalah lokasinya yang terletak di atas gunung berapi bawah laut yang telah pupus. Jadinya, permukaan disana mempunyai kedalaman hampir 1,900 kaki yang menjanjikan kombinasi pelbagai hidupan marin.

Musim diving : Sepanjang tahun, bulan terbaik dari Aapril hingga Disember.

Kesukaran : Pertengahan, Sukar – arus agak kuat.

 

#2. Raja Ampat, Indonesia

Gugusan kepulauan Raja Ampat ni bukan sebuah nama yang asing. Terkenal sebagai lokasi dengan kepelbagaian biodiversiti. Terdapat 600 spesis terumbu karang keras dan lembut ada di Raja Ampat.

Ini boleh dikatakan hampir 75 peratus dari spesis yang ada seluruh dunia. Itu cerita terumbu karang, kalau spesis ikan, ada kira – kira 1427 spesis kesemuanya, itupun statistik dan pengiraan pada tahun 2011.

Disini terdapat lebih daripada 50 lokasi selaman skuba dan masing – masing mempunyai kelebihan serta kecantikan mereka tersendiri. Kalau bernasib baik, boleh jumpa manta ray !

Musim diving : Sepanjang tahun

Kesukaran : Semua peringkat, namun ada beberapa lokasi tak digalakkan untuk beginner atau mereka yang tak biasa dengan selaman arus deras.

 

#3. Similan Islands, Thailand

Terletak 100 kilometer dari Phuket, gugusan 9 pulau berbatu granit ini merupakan sebahagian dari National Marine Park, Thailand. Kawasan selaman skuba ini hanya dibuka pada musim diving dan ia merupakan lokasi ideal untuk mereka yang ‘mencari’ manta ray atau whale shark.

Kawasan diving di sini terbahagi kepada dua kawasan besar, bahagian timur dan barat. Bahagian timur boleh dikatakan senang dan bahagian barat agak sukar dengan adanya batuan granit besar.

Musim diving : Akhir Oktober hingga awal bulan Mei.

Kesukaran : Beginner ke pertengahan – banyak kawasan senang dengan arus lemah dan pertengahan.

 

#4. Mergui Archipelago, Myanmar

Berada di tengah laut Andaman, Mergui Archipelago ini terletak di utara sempadan Thailand dan ia merupakan gugusan 800 buah pulau yang meliputi keluasan sejumlah 12,000 kilometer persegi.

Tidak kurang hebatnya, disini juga merupakan habitat pelbagai hidupan marin termasuklah pelbagai spesis jerung. Ada 5 spesis kesemuanya dan ini termasuklah penampakan ‘rare’ whale shark.

Musim diving : Oktober hingga Mei

Kesukaran : Pertengahan

 

#5. Pulau Layang – Layang, Malaysia

Terletak di Laut China Selatan, 300 kilometer dari barat laut Kota Kinabalu, Layang – Layang merupakan sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratly.

Ramai penyelam gemar kesini kerana ia merupakan lokasi diving yang terkenal dengan jerung hammerhead yang kadang kala bergerak dalam kawanan mereka atau secara sendirian.

Selain hammerhead, manta ray juga ada di perairan disini tetapi di kawasan laut dalam.

Musim diving : Sepanjang tahun, popular pada April untuk melihat jerung ketika musim mengawan.

Kesukaran : Sesuai untuk semua peringkat, terdapat 12 lokasi selaman kesemuanya.

;