5 Muzium Pelik Dan Unik Yang Korang Tak Tahu Pun Wujud Di Dunia

TRAVEL
March 17, 2021 - 11:45 AM


Baru je semalam Rileklah keluarkan artikel mengenai muzium Godzilla yang berada di Jepun. Memang agak unik dan lain daripada yang lain kan? Tapi korang tahu tak di dunia ni ada banyak lagi muzium macam tu tau. Jadi kali ni min nak kongsikan 4 muzium di seluruh dunia yang pelik, unik, dan lain daripada yang lain. 

 

1) Muzium Jamban - Mr. Toilet House, South Korea

Demi menyambut pertubuhan Persatuan Tandas Sedunia (World Toilet Association), Sim Jae-deok telah membina sebuah rumah berbentuk tandas. Dan di muzium ini korang akan dapat lihat pelbagai jenis jamban, cara orang di negara luar buang air besar dan kecil, serta sejarah tandas yang wujud dari dulu hingga sekarang.

 

2) Muzium Mi Cawan - The Cup Noodle Museum, Japan

Di sini korang akan belajar mengenai sejarah mi segera yang ada di seluruh dunia serta pameran mi cawan yang wujud dalam dunia ni. Bukan tu je, korang juga boleh mencipta ramen tersendiri di gerai dalam muzium ni. Letaklah topping apa yang korang nak, serbuk perisa apa, dan jenis mi yang korang mahukan. Senang cerita ramai datang sini untuk buat cup noodle tersendiri.

 

3) Muzium Perisik - International Spy Museum, Washington D.C.

Korang boleh datang ke muzium ini untuk melihat segala macam jenis gadget yang telah dicipta dan digunakan oleh perisik dari seluruh dunia. Korang tahu tak ada pistol lipstik? Macam-macam lagi barangan unik yang ada di muzium ini. Dan ada juga pameran untuk gadget perisik yang digunakan di dalam filem seperti James Bond.

 

4) Muzium Bawah Air - The Underwater Museum of Art, Cancun, Mexico

Untuk pergi ke muzium ini korang perlu menggunakan peralatan diving kerana ianya terletak di bawah laut. Ianya merupakan muzium bawah laut yang paling besar di dunia dan mempunyai sehingga 750,000 pelancong setiap tahun. Terdapat lebih dari 500 pameran yang korang boleh lihat di sini, dan memang ianya merupakan satu pengalaman unik lain daripada yang lain.

 

5) Muzium Bekas Kekasih - The Museum of Broken Relationships, Zagreb, Croatia

Korang pernah tak heartbroken dan ingin membuang barangan yang diberi oleh bekas kekasih korang? Muzium ini mempamerkan barangan yang pernah diterima oleh bekas kekasih bersama nota cerita pendek tentang apa yang terjadi. Barang yang dipamerkan mempunyai pelbagai variasi dari pakaian pengantin hinggalah cincin perkahwinan. 

 

Jadi itulah dia 4 muzium pelik dan unik yang ada di seluruh dunia.

Mesti korang terkejut dan fikir kenapa muzium-muzium ni wujud kan? Tapi di Malaysia ni agak-agak ada tak muzium yang pelik dan unik macam ni? Jangan lupa komen okay?

Destination: