5 Pulau Terkenal Akan Ditenggelami Air Dalam Masa 80 Tahun Lagi!

TRAVEL
May 14, 2019 - 04:02 PM


Seluruh dunia, disebabkan pemanasan global dan pencairan ais di kutub utara dan selatan menjadi salah sebuah faktor paras air laut meningkat. Secara tidak langsung, kenaikan air ini akan menyebabkan ada kepulauan yang bakal tenggelam sepenuhnya.

Ini kami senaraikan 5 buah pulau terkenal yang dijangkakan bakal tengelam dalam masa 80 tahun lagi, jadi kalau ada yang berkesempatan tu, apa kata melawat dulu pulau-pulau ini sebelum ia hanya jadi sebahagian dari sejarah je satu hari nanti...

#1. Solomon Islands

Kepulauan Solomon terdiri daripada 1000 pulau-pulau kecil dan terletak di Selatan Laut Pasifik. Kepulauan Solomon merupakan antara pulau yang ‘ditelan’ laut.

Sejak 1993, paras air telah meningkat sebanyak 8 milimeter setiap tahun. Jika kenaikan air ini berlaku dengna terlalu pantas, nampaknya bandar Choiseul yang hanya 6.6 kaki dari permukaan laut.

Pada 2016, satu laporan telah menyatakan bahawa 5 kawasan kepulauan batu karang di sana telah lenyap dan ada beberapa perkampungan yang wujud sejak tahun 1935 turut mulai musnah disebabkan garisan air yang semakin meningkat.

 

#2. Maldives

Ye, gugusan kepulauan Maldives yang cantik dan terkenal di Launtan Hindi ini sebenarnya,  secara perlahan-lahan telah dinaiki air.

Disebabkan keadaan tanah tinggi di Maldives ini agak rendah, jadi disana sangat sensitive dengan pertambahan atau kenaikan paras air laut. Kalau nak diiukur dengan kadar kenaikan air laut sekarang, tidak mustahil Maldives akan tenggelam sepenuhnya pada tahun 2100.

 

#3. Fiji

Sama dengan Maldives, Fiji semakin hari semakin dinaiki air. Setakat ini, beberapa penduduk kampung disana telah melaporkan kira-kira 15 hingga 20 meter daripada garisan pantai telah berkurangan. Ini adalah kesan daripada hilangnya hutan paya bakau.

Selain itu, penduduk perkampungan Vunidogoloa adalah yang pertama dipindahkan kerana kenaikan paras air laut ini. Menjelang 2050, paras air dijangka meningkat sebanyak 43 sentimeter.

Selain manusia, kenaikan paras air juga akan menjejaskan terumbu karang. Ini kerana, apabila air meningkat, ia akan memanaskan suhu air lalu mengakibatkan batu karang memutih dan kemudiannya terdedah dengan pelbagai penyakit.

 

#4. Palau

Sebuah kolaborasi antara Pejabat Kaji Cuaca Palau dan Program Sains Melibatkan Perubahan Klimat di Lautan Pasifik telah mengesahkan yang paras air di Palau telah meningkat kira-kira 0.35 sentimeter setiap tahun sejak 1993.

Ini adalah 3 kali ganda daripada kenaikan yang dialami kawasan lain. Menjelang 2090, dijangka kawasan Palau akan dinaiki air sebanyak 24 inci.

Buat masa sekarang, ada beberapa kawasan telah ditenggelami air sekiranya berlakunya air pasang ketika bulan mengambang. Selain ancaman kenaikan air, salah seekor spesis obor-obor yang tidak berbisa yang mendiami kawasan Palau juga turut terkesan.

Mungkin kerana perubahan suhu, jumlah obor-obor disana telah berkurangan.

 

#5. Seychelles

Di sebelah timur perairan Afrika, terdapat sebuah pulau yang bernama Seychelles. Kalau nak dibandingkan, sejak 6,000 tahun dahulu, Seychelles sedang mengalami kenaikan air yang agak drastik.

Lebih memburukkan keadaan, boleh dikatakan 85 peratus daripada pembangunan yang ada di pulau ini terletak di persisiran pantai. Jika berlakunya kenaikan paras air, ia sememangnya mengundang perkara yang tak diingini.

Menurut laporan agensi berita Seychelles, kenaikan air sebanyak 1 meter sahaja lagi bakal tenggelamkan pulau yang rendah serta kawasan yang tidak berpenduduk, ini bermaksud lebih kurang 70 peratus tanah telah hilang.