7 Backpackers Hostel Terbaik Di Hatyai, Thailand

TRAVEL
July 24, 2019 - 01:26 PM


Salah sebuah bandar yang terkenal di Thailand, Hatyai atau Hat Yai merupakan ‘bandar melayu’ terbesar di Thailand dan sememangnya terkenal dalam kalangan kita kerana akses yang mudah dari Malaysia. Tidak hairan jika di Hatyai, terdapat banyak kenderaan yang bernombor pendaftaran Malaysia.

Salah satu tarikan menarik di Hat Yai adalah Khlong Hae Floating Market yang dibuka pada hujung minggu. Di floating market ini, boleh dikatakan pelbagai barangan dan makanan akan dijual dari atas sampan atau perahu.

Walaupun tidaklah se’happening’ Bangkok mahupun Krabi, ramai juga akan memilih Hat Yai sebagai destinasi untuk backpacking.

Seperti biasa, kami akan kumpulkan hostel backpackers terbaik di Hatyai. 

#1. Hybrit Hostel & Café – 9.4

Hybrit Hostel & Café terletak di tengah-tengah bandar Hat Yai yang memang terkenal sebagai lokasi makanan dan syurga beli belah. Berdekatan juga dengan Pasar Minggu Asian Trade dan stesyen bas.

Susunan Dorm : 4 katil (Khas) Perempuan , 8 Katil Mixed

Alamat : 9, Chotevittayakul 1 Road

Harga Per Malam : RM 43

 

#2. TK Mansion & Hostel Hat Yai – 9.0

Ada dua pilihan dorm di TK Mansion iaitu dorm perkongsian 6 orang, atau perkongsian 12 orang. Untuk dorm 6 orang pula, korang boleh pilih ikut keselesaan sama ada nak female only, male only atau mixed.

Menurut Hostelworld, disini ada sediakan ruang bekerja, café, wifi percuma dan smart tv yang mempunyai Netflix!

Selain tu, ada jugak common room yang membolehkan korang sembang atau lepak dengan backpackers lain.

Alamat : 376 Supasarnrangsarn road , Hatyai, Thailand

Harga Per Malam : RM 40 (dorm 12 katil), RM47 (dorm 6 katil).

 

#3. Silla House – 9.3

Silla House terletak kira-kira 1.3 kilometer dari pusat bandar Hatyai, dan menawarkan pelbagai jenis dan saiz bilik dan semua bilik dilengkapi dengan aircond.

Kalau yang nak menggunakan khidmat agensi pelancongan, ada terdapat di tingkat satu bangunan yang sama dan mereka ada ‘link’ dengan Silla House ni.

Plus point dia, di tingkat empat, boleh nampak Gunung Korhong dari balcony. Dari segi susunan bilik dan dorm, ada disediakan bilik standard, twin sharing dan double untuk bilik berasingan, untuk dorm pula ada pilihan 4 katil female only dan dorm campuran.

Alamat : 234 Niphat-Utit3 Rd. , Hatyai, Thailand

Harga : Bilik Private | RM 67 (twin room), RM 74 (double-bed) | Dorm – RM 38


PILIHAN EDITOR


#4. Hat Yai Youth Hostel – 8.0

Hanya 10 minit dari Stesen Kereta Api Hat Yai, tidak hairan kenapa hostel ini merupakan hostel yang sering menjadi pilihan ramai. Dengan bilik yang dilengkapi dengan kipas atau aircond.

Jarak hostel dengan tempat tarikan menarik di Hat Yai seperti Central Festival hanya 10 minit pemanduan dan dari airport hanya 25 minit, selain itu Santisuk Market dalam 400 meter sahaja. Memang kawasan downtown ni lokasi yang paling sesuai kalau korang nak cari streetfood dan flea market.

Untuk bilik, disini menyediakan penginapan berbentuk dorm dengan pilihan katil 6 orang, female dorm 4 katil dan bilik double.

Alamat : 36/6 Pracharom Alley, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand.

Harga : RM 33 untuk dorm, RM67 untuk bilik double

 

#5. The Hive Hatyai Hostel – 8.5

The Hive Hatyai Hostel terletak 400 meter dari Stesen Kereta Api Hat Yai dan terletak di kawasan Downtown Hat Yai.

Jarak hostel ke lapangan terbang hanya 12 kilometer dan ia merupakan salah satu hostel popular juga di Hat Yai dan menyediakan meja penyambut tetamu yang berkhidmat 24 jam. Maknanya, kalau sampai lewat pun, akan ada yang membantu korang.

Dari segi jenis penginapan, ada disediakan dorm dan bilik keluarga. Susunan dia; untuk dorm ada campuran ada untuk wanita sahaja.

Alamat : 9 Nipatuthit 2 Rd., Hatyai, Songkhla, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand

Harga : RM 35 – dorm campuran , RM50 – dorm wanita, RM200 – 300 untuk bilik keluarga.

 

#6. Hatyai Dee Hostel – 8.8

Sebuah lagi hostel yang berada di kawasan Hatyai Downtown adalah hostel Hatyai Dee. Kesemua bilik di hostel ini dilengkapi dengan pendingin hawa dan menawarkan pemandangan bandar Hatyai dan menyediakan meja di setiap bilik dan setiap bilik mempunyai balkoni.

Tempat-tempat menarik dan terkenal terletak berhampiran dengan penginapan ini termasuklah Pusat Membeli-belah Kim Yong, Pusat Dagangan Hat Yai Plaza dan Pasar Santisuk. Lapangan Terbang Antarabangsa Hat Yai, hanya berjarak 14 km dari Hatyai Dee Hostel dan apa yang best adalah hostel ini turut menawarkan perkhidmatan shuttle lapangan terbang dengan cas yang berpatutan.

Alamat : 194 Nipatuthit 1 Road, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand

Harga : Rm 33 / malam

 

#7. Khoksametchun Hostel – 9.4

Masih di Downtown, Khoksametchun ni menjadi pilihan ramai disebabkan konsepnya yang agak ‘stylish’ berbanding hostel lain di lokasi yang sama.

Sarapan disediakan dan paling best disini, ada disediakan meja billiard dan dart. Jadi kalau bosan-bosan, boleh main pool dengan traveller lain. Hostel ini juga mempunyai salah satu skor lokasi terbaik di Hat Yai dan tetamu lebih puas hati dengannya berbanding penginapan lain di dalam kawasan ini.

Alamat : 10 Soi Prachathipat Road 10 Soi Prachathipat Road, Hat Yai Downtown, 90110 Hat Yai, Thailand

Harga : RM43 (dorm campur 6 katil), RM 64 (katil double), RM 247 satu bilik 6 katil

Dah tengok gambar-gambar hostel cantik ni, rambang mata lah pulak, rasa macam nak buat hostel hopping ke Hatyai ni. Hehe~ 

Nota Editor : Kalau diminta pilih satu, akan pilih untuk stay dekat Kok Samet Chun sebab ‘vibe’ dia lain daripada yang lain, pilihan kedua, antara Hybrit dan Hive. Alasannya, nampak moden tetapi masih ada vibe backpackers hostel tu.

Photocredit : Booking.com
Destination: