8 Tip Percutian di Cuba [Havana] Dan Mexico Untuk Orang Malaysia
TRAVELOrang kita memang suka bercuti di tempat yang jarang orang pergi. Kalau korang tergolong dalam kumpulan ini, apakata korang cuba trip ke Cuba dan Mexico. Kebiasaannya mereka yang bercuti di sini adalah mereka yang on business trip.
Ikuti perkongsian dari saudara Shamsul Akmal Shamsudin.
Sedikit perkongsian kembara saya ke Cuba dan Mexico. (Sorry jika catatan agak panjang)
Part 1: CUBA
Cuba sebuah negara di Kepulauan Caribbean. Penduduknya sgt ramah dgn kehidupan yang santai slow and steady. Tidak spt digambarkan media, Cuba antara negara teraman dan bersih pernah saya kunjungi, lebih aman dari Malaysia yg crime berlaku disana sini. Di kota Havana, terletak sebuah mesjid besar di kawasan yang paling strategik ditengah2 bandar. Terdapat kira2 3500 muslim di Havana. Kami sempat bersembahyang jumaat di sana.
Kerajaan Cuba sangat baik dengan negara2 Islam. Ini boleh dilihat dari Muzeum berdepan dengan mesjid yang menempatkan hadiah2 yg kerajaan Cuba terima dari negara2 Islam. Malaysia punya hubungan diplomatik yg baik dengan Cuba. Malaysia adalah antara beberapa negara didunia yang dikecualikan visa atau tourist card dan boleh menetap selama 90 hari di Cuba tanpa visa. Satu privilage buat rakyat Malaysia.
Hasil utama negara Cuba ialah dari pelancongan. Yang kedua adalah dari tobacco. Cuban cigar dikatakan terbaik didunia. Saya sempat melawat sebuah ladang tembakau persendirian disana. Mengikut dasar negara Cuba, 90% hasil dari aktiviti pertanian dll diserahkan kepada negara, hanya 10% pergi kepada petani dan pengusaha.
Cuba dikenakan sekatan ekonomi yg teruk oleh US. Saya tercari2 kedai menjual ikan dan seafood, tp tak ada. Supermarket mrk kosong dgn que yg panjang dibhg makanan basah spt daging dan ayam. Beras pun tak ada. Hanya ada spagheti dan bijirin2 lain yang nampak mcm kuskus. Sy bertanya pd tuan rumah tempat kami tinggal kat mana nak beli ikan, mrk kata ikan hanya dijual di black market. Hairan, Cuba adalah sebuah pulau dikelilingi lautan, namun mereka dilarang menangkap ikan oleh undang2 laut antarabangsa. Boleh memancing kat tepi2 aje. Alhamdulillah saya dihadiahkan beras dan ikan oleh tuan rumah yang sgt baik. Teringat2 dan jatuh cinta dengan hospitality penduduk Cuba. Genuine hospitality.
Antara daya tarikan di Cuba ialah kereta2 antik dan lama yang masih berfungsi dengan baik walaupun sudah berusia lebih 50 tahun. Saya rasa pomen2 Cuba antara terbaik didunia. Oleh kerana sekatan ekonomi, spare part susah diperolehi. Bukan saja kereta, motor2 lama pun masih berfungsi dengan baik. Kalau mrk datang ke Malaysia, boleh baiki kereta2 yg banyak tersadai kat sini.
Internet susah kat Cuba. Untuk dapat capaian internet perlu pergi ke taman atau park yang telah digazetkan untuk capaian internet. Perlu beli kad internet dengan harga USD2/jam. Kebetulan rumah tumpangan kami berada betul2 didepan park, jadi hanya perlu duduk dikerusi malas yg disediakan didepan rumah, tak perlu ke park. Malam hari capaian lebih laju. Tak de masalah kecapaian FB, WA, IG dll jadi bagi yang tak boleh hidup tanpa socmed tak perlu risau.
Jangan bawa USD utk tukar, sbb dapat sikit, kena komisyen 10% on top of tukaran. Mrk tak suka US. Bawa currency lain spt canadian atau euro. 1 USD = 1 Cuban converter(CUC) = 25 Cuban peso (CUP). CUC matawang untuk pelancong manakala orang local gunakan CUP.
Bahasa utama mereka adalah Spanish. Tapi ramai yang boleh berbahasa inggeris dengan baik, yang muda mahupun yg tua. Mungkin krn sumber utama mrk dari perlancongan, mrk perlu belajar bahasa inggeris. Movie hollywood dalam TV pun tidak dialih bahasa, cuma ada sarikata dalam spanish. Jd kalau pergi kesana tiada masalah utk berkomunikasi.