Jom Tengok 18 Gambar Yang Sangat Cantik Di Cancun, Rasa Nak Travel Ke Sana Terus…
TRAVELMexico boleh dikira sebagai salah satu destinasi pelancongan popular dalam kalangan traveller seluruh dunia tapi kita kurang dengar cerita orang Malaysia pilih Mexico sebagai lokasi percutian.
Satu, atas faktor jarak yang terlalu jauh. Dua, keselamatan.
Tapi, kalau korang nak percutian yang ‘rare’ dan lain daripada orang lain, cubalah ke Cancun. Sebuah bandar pelancongan dan salah satu lokasi tumpuan para pelancong.
Tengok sahaja gambar-gambar yang kami jumpa ni. Dengan pasir yang memutih, makanan laut yang pelbagai sampailah warna air yang biru. Tengok gambar-gambar ni rasa macam nak terus pergi Cancun je…
Kebanyakkan pantai di Cancun ada sediakan payung yang diperbuat daripada jerami dan ini sedikt sebanyak dapat menghalang daripada terik matahari.
Boleh dikatakan kesemua hotel di Cancun terletak di satu kawasan yang dinamakan 'The Hotel Zone'. Hotel-hotel ini didirikan sepanjang persisiran pantai sepanjang 17 batu dan diapit oleh Laut Carribean dan Lagun Nichupte.
Kebanyakan resort atau hotel mempunyai kolam infiniti dan kebanyakan kolam renang mereka akan menghadap ke laut. Fuh, memang kalau sunset cantik sangat dekat sini ni.
Tacos. Salah satu makanan yang asal dari Mexico dan korang kena cuba. Tapi, berhati-hatilah, nak cari yang halal mungkin agak sukar.
Disebabkan Cancun ni ada banyak lagoon dan laut, banyak aktiviti yang berkaitan dengan air yang boleh korang buat. Macam contoh bawah ni ialah selaman skuba dekat taman laut dekat sana.
Selain kawasan pantai yang cantik, Cancun juga ada kawasan-kawasan tumpuan yang lain. Sebagai contoh, Temple of Kukulcan yang katanya berumur 1000 tahun dan diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Di kawasan Quintana Roo, ada terdapat banyak lagoon yang tersembunyi dan beberapa kawasan ini adalah dianggap kawasan 'suci' oleh masyarakat Mayan disana. Tapi, jangan risau, korang boleh mandi dekat kebanyakan daripada tempat ni.