Algeria Dinamakan Negara Terbaik Untuk Backpacking Tahun 2020

TRAVEL
January 22, 2020 - 01:39 PM


Negara yang terletak di Utara Afrika, Algeria telah dinamakan sebagai ‘negara terbaik untuk backpacking’ pada tahun 2020 oleh British Backpacker Society (BBS). BBS merupakan sebuah organisasi yang aktif mempromosikan pengembaraan dan perjalanan ke kawasan yang ‘jarang’ dilawati.

Untuk menjadi ahli BBS ni, seseorang itu perlu mengembara sekurang – kurangnya ke 65 buah negara dan kami yakin pemilihan yang dilakukan oleh panel mereka setiap tahun adalah legit dan boleh dipercayai. Pemilihan mereka ialah berdasarkan cabaran dan keterujaan. Pada 2018, mereka menamakan Pakistan dan tahun lalu, Danakil Depression di Ethiopia.

Tahun 2020, mereka menamakan Algeria sebagai negara terbaik untuk backpacking atas beberapa faktor seperti tarikan pelancongan yang pelbagai dan mencabar selain bilangan pelancong asing yang tidak ramai.

Selain mempunyai pemandangan padang pasir yang cantik, Algeria mempunyai bangunan zaman purba selain mempunyai sekurang – kurangnya campuran daripada peninggalan empayar Rom, Usmaniyah, Arab dan Byzantin.

Masjid Emir Addelkader | IG (@discoveralgeria)

Selain keindahan Gurun Sahara, Algeria yang bersempadanan dengan Maghribi (Morocco) mempunyai banyak binaan masjid, pasar yang cantik serta persisiran pantai Mediterranian.

Peninggalan Empayar Rom, Djemila | IG - (@imenelens)
 

3 daripada bandar di Algeria iaitu Tipaza, Timgad dan Djemila merupakan bandar yang berada dalam senarai Warisan Dunia UNESCO dan Tipaza merupakan bandar kecil peninggalan rom yang dianggarkan berusia lebih dari 2000 tahun.

Menurut BBS, berikut adalah 10 negara terbaik untuk backpacking pada 2020 :

  1. Algeria
  2. Saudi Arabia
  3. Pakistan
  4. Iran
  5. Kazakhstan
  6. Uzbekistan
  7. Bosnia and Herzegovina
  8. Russia
  9. Ethiopia
  10. Azerbaijan