Anda Pertama Kali Nak Roadtrip Ke Ipoh? Ini 7 Aktiviti Wajib Buat Jika Ke Sana!
TRAVELBila dah boleh rentas negeri dan melakukan pelbagai aktiviti dengan lebih bebas, pasti ramai yang memilih untuk pergi bercuti setiap kali tibanya hujung minggu.
Mesti ramai juga yang merancang untuk melakukan road trip jalan-jalan cari makan atau weekend getaway ke lokasi favorit korang, kan!
Antara lokasi yang selalu menjadi pilihan untuk JJCM pastinya Ipoh, Perak yang sememangnya terkenal dengan barisan tempat makan popular serta lokasi percutian menarik berasaskan sejarah dan nature untuk dikunjungi bersama keluarga atau rakan-rakan.
Bagi korang yang mungkin pertama kali menjejakkan kaki ke Ipoh untuk tujuan JJCM dan percutian singkat, ini ada cadangan lokasi serta aktiviti yang best untuk korang buat.
1) CONCUBINE LANE DI OLD TOWN IPOH
Yang ni memang top of the list lah. Berapa kali pun kami datang ke Ipoh untuk JJCM, Concubine Lane ni memang wajib pergi. Ianya adalah lorong diantara rumah-rumah kedai lama sepanjang lebih kurang 150 meter, yang mana di sepanjang lorong ni terdapat vendor-vendor makanan & minuman dan juga cenderamata.
Dekorasi di sepanjang lorong ini adalah bertemakan masyarakat Cina dan bagi kami, itu adalah tarikan paling utama di sini. Additionally, some of the things yang dijual memang unik dan boleh dikira checklist items lah kalau datang ke Ipoh ni, contohnya Hokkaido Ice Cream Puff.
2) KONG HENG SQUARE ARTISAN MARKET DI OLD TOWN IPOH
Kong Heng Square ni terletak berdekatan sahaja dengan Concubine Lane tadi, tak perlu nak pergi naik kereta, literally cuma seberang jalan sahaja. Kalau tadi korang dapat disajikan dengan dekorasi masyarakat Cina, kat Kong Heng Square ni pula vibe dia adalah vintage. Artisan market ni dikelilingi bangunan bangunan lama dan ada certain bangunan tu memang sampai dah dimamah pokok.
Selain dari beli barangan cenderamata vintage, korang boleh dapatkan OOTD yang cun dan juga boleh beli another checklist item bila di Ipoh iaitu, Ais Kepal di Bits & Bobs. Sedap tak sedap tu, belakang kira, yang penting tick off the list!
3) A NATURE VISIT DI TASIK CERMIN
Kalau korang dah sampai Ipoh tapi tak datang singgah di Tasik Cermin ni, korang memang rugi besar guys. Kami sebelum ni dah banyak kali datang Ipoh sebelum ni, tapi tak pernah datang Tasik Cermin, tapi beberapa minggu yang lepas kami sempat akhirnya singgah Tasik Cermin and we were blown away.
Lepas parking kereta, korang perlu berjalan lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Tasik Cermin tu (sesuai kalau pergi lepas foodhunting). Yang menariknya, sepanjang berjalan kaki tu, pemandangan sekeliling sumpah superb weh. Korang pernah tengok movie Jurassic Park kan? Haa remember gunung ganang zaman jurassic tu? Haa lebih kurang macam tulah view dia kat sini. Then kena masuk terowong dan dibalik terowong tu ada Tasik Cermin dan another amazing view menanti. Sangat recommended!
4) MELAWAT TINGGALAN KELLIE'S CASTLE
Terkenal sebagai salah satu lokasi paling berhantu di Malaysia, Kellie's Castle ni adalah juga lokasi yang wajib dituju kalau dah sampai ke Ipoh. Lokasinya sedikit jauh dari bandaraya Ipoh, so korang mungkin boleh singgah waktu korang dalam perjalanan pulang ke KL. Selain cantik dari luaran, Kellie's Castle ni juga ada menyimpan seribu satu kisah dan sejarah berkaitan dengan pemilik rumah ni, William Kellie Smith dan isterinya Agnes.
Pihak yang mengendali Kellie's Castle ni juga ada highlight kisah-kisah seram yang pernah berlaku di Kellie's Castle ni dan menurut sumber, ramai juga orang yang datang sini untuk merasai pengalaman paranormal. Haaa ada bran tak? Kepada pencinta photography, banyak gila sudut sudut best yang korang boleh dapatkan symmetrically satisfying shots, so mariii!
5) FOOD HUNTING - Eat Till You Drop
Ipoh ni memang arguably the best food hunting location serata Malaya. Banyak gila tempat makan best yang korang kena try kalau dah sampai Ipoh ni, sampai kami pun tak tahu nak mula suggest kat mana. Kat bawah ni antara tempat best yang kami pernah try and kami rasa berbaloi untuk korang cuba jugak ok!
a. Restoran New Hollywood
b. Greentown Dim Sum
c. Restoran Suhaimi Cafe
d. Laksa Saranghae Ipoh Silibin
e. Laksa Saranghae Ipoh Jalan Merak
f. Nasi Gnja @ Kedai Kopi Yong Suan
g. Restoran Nasi Vanggey
h. Laksa di mana-mana Restoran Old Town White Coffee sekitar Ipoh
Banyak lagi lokasi restoran yang korang boleh try, yang kami senaraikan kat atas tu adalah restoran yang kami sendiri pernah cuba dan sarankan untuk korang pun cuba!
6) CARI BARANG VINTAGE DI PASAR KARAT MEMORY LANE (LOKEN) IPOH
Yang ni optional lah, kalau korang peminat barangan vintage memang korang akan suka gila datang ke Pasar Karat ni, tapi kalau korang sekadar biashe biashe jer dengan barangan vintage, korang boleh skip aktiviti ni. Pasar Karat ni dibuka pada hari Ahad jam 7.00am sampailah 11.00am dan ada menjual pelbagai jenis barangan vintage. dari frame gamber sampailah ke kenderaan vintage (motor & basikal). A true vintage heaven, mai tau!
7) CHILL & RELAX DI TAMAN REKREASI GUNUNG LANG
Last but not least, Taman Rekreasi Gunung Lang. To be honest, view di Gunung Lang ni almost lebih kurang sama dengan Tasik Cermin, so kalau korang kesuntukan masa, boleh pilih untuk pergi ke salah satu pun dah cukup. Cuma yang lainnya di Gunung Lang ni adalah korang boleh naik cruize boat di atas tasik di Gunung Lang ni. Di Tasik Cermin tadi takda cruize boat. Sesuai sebagai transition in between your foodhunting or to close your day of hectic foodhunting.
Ok guys, harapnya senarai ataupun cadangan ni dapatlah sedikit sebanyak membantu korang untuk navigate korang punya trip to Ipoh! Kot mana pun, make sure you guys enjoy your trip okay! Kalau kalut nak pergi semua tempat tapi terkocoh kacah makan pun tak seronok jugak kan? Have fun and most importantly during this season ni, travel safe okay! Follow all the SOP.
Sumber: Chasing The Sun