Bali - Pulau Paling 'Instagrammable' Di Dunia

JALAN-JALAN
April 28, 2020 - 03:13 PM

Meskipun ketika ini, pantai yang indah ibarat syurga dunia juga tak mampu untuk kita jejaki apabila dunia sedang berdepan dengan wabak berbahaya seperti koronavirus.

Namun ramai antara kita yang sedang duduk di rumah pastinya telah banyak memasang angan-angan untuk bercuti ke pulau-pulau cantik yang ada di seluruh dunia terutama ke destinasi kegemaran pelancong antarabangsa ini iaitu Bali, Indonesia.

Menurut rating yang dijalankan oleh sebuah agensi pelancongan Tourlane -- Bali menduduki tangga paling teratas bagi jumlah hashtag terbanyak di media sosial Instagram.

Disebabkan populariti pulau dewata yang sangat menakjubkan dan sering menjadi pilihan bagi pasangan untuk berbulan madu, maka tidak hairanlah Bali telah di 'tag' tidak kurang dari 60 juta kali di Instagram.

Bagaimanapun, Tourlane mempunyai sedikit masalah untuk membuat ranking destinasi pulau yang paling popular di rangkaian media sosial itu berikutan hanya pulau-pulau yang bukan di bawah negara berdaulat sahaja yang dianggap layak untuk dimasukkan dalam ranking -- sementara pulau dengan hashtag kurang dari 100,000 dikecualikan secara automatik.

Selepas penularan wabak COVID-19 reda, jika tidak ke Bali -- pelancong Eropah masih lagi berpeluang untuk bercuti ke pulau-pulau cantik tanpa perlu terbang jauh ke Benua Asia.

Ini kerana 26 daripada 50 pulau paling Instagrammable sebenarnya terletak di Eropah -- dengan 7 daripadanya berada di tangga 10 teratas seperti gambar rajah di bawah:

Sumber: Tourlane

Destination: 
Artikel berkaitan