Bosan Dengan Backpacking? Jom Cuba Bikepacking Pulak

TRAVEL
October 26, 2018 - 05:36 PM


Biasa kita dengar orang borak pasal backpacking. Ada beg, masukan semua benda penting, terus jalan. Kali ni, kami nak kongsikan konsep yang dah lama ada, tapi tak ramai yang buat lagi, ataupun ada yang buat, cuma perkongsian diorang ni belum meluas.  

Bikepacking, apa itu bikepacking? Dalam erti kata yang mudah, dia adalah gabungan backpacking dan aktiviti berbasikal. Skill dan teknik yang sama digunakan semasa backpacking, cumanya korang berbasikal.

Kebiasaannya, bila kita backpacking, kita akan muatkan kesemua barangan macam baju, air, makanan dan pertalatan berkhemah dalam backpack kita kan? Bila bikepacking ni, dia gunakan banyak beg khas yang kemudiannya dikemaskan pada rangka basikal. Bila dah macam ni, kira selesa lah perjalanan korang, tidaklah bawak basikal dengan beban beg yang berat.

 

Apa Beza Bikepacking Dengan Touring?

SAMA. Cuma bikepacking ni adalah pecahan daripada jenis-jenis touring berbasikal. Bila kita touring berbasikal, kebiasaannya kita akan travel dalam tempoh beberapa hari, bulan mahupun tahun tanpa menggunakan bantuan motor. Maknanya, 100% tenaga kita dikeluarkan. Biasanya, jalan yang dilalui adalah jalan yang bertar atau laluan yang agak berbatu (kalau kita nak main off-road).

Cuma, nak diingatkan dekat sini. Sebenarnya ia adalah benda yang sama, mungkin perbezaan adalah dari jenis peralatan dan cara barangan dibawa ketika aktiviti kayuhan ni.

Barang – Barang Penting Untuk Bikepacking

Perkara asas dan penting yang korang kena ada sebelum nak mulakan bikepacking ni adalah :

  • Basikal – kalau tak ada basikal, macam mana nak bikepacking, backpacking ajelah.
  • Beg bikepacking – ada beberapa jenis beg untuk setiap bahagian basikal, ada beg untuk rangka utama, ada beg yang diikat di handle, fork dan sebagainya.

  • Peralatan perkhemahan – ini kalau korang nak berkhemah lah. Kalau tak, sleeping bag pun mencukupi. Ataupun hammock.

  • Pakaian ketika berkayuh – ini korang kena bersesuaian ikut cuaca lah. Biasanya baju untuk mengayuh basikal ni jenis jersey yang selesa.
  • Makanan/ Minuman mencukupi – ini kalau untuk korang minum dan makan semasa kayuhan. Biasanya pisang, air yang mencukupi dan mungkin power bar.
  • Peta & tools – Peta ni, boleh gunakan phone korang, tapi kalau nak ke tempat yang korang tak pasti ada line telefon atau tidak, standby lah peta kertas tu.
  • Dari segi peralatan, pastikan ada peralatan asas untuk baiki basikal korang kalau tiba-tiba rosak ditengah jalan.
  • Tambahan – lampu basikal – untuk kalau korang plan bawak waktu malam.

Jarak Dan Kelajuan

Dari segi jarak dan kelajuan ni, biasanya orang akan cover dalam 16 km sejam, dan lebih kurang secara purata 64 hingga 100 kilometer sehari. Masa untuk cover tu bergantung kepada kelajuan korang bawak lah, nak cepat sampai bawak lah laju. Kunci dekat sini, planning. Kalau betul palnning, mesti cantik waktu korang.

Ciri – Ciri Basikal Yang Sesuai Untuk Bikepacking

Kalau nak diikutkan, semua basikal boleh. Cuma larat atau tak larat je. Tapi, kebiasaannya, basikal untuk bikepacking ni ada ciri-ciri yang bersesuaian, contohnya :

  • Tayar Tubeless Lebar

Penggunaan tayar tubeless ni lebih mudah sebab ia ringan, jadi boleh standby satu dalam beg. Kedua, boleh ditampal sendiri. Tayar lebar ni, akan jadikan kayuhan korang lebih smooth dan selesa, lagi-lagi kalau off-road.

  • Eyelet Extra di Frame/ Fork

Eyelet ni akan memudakan korang untuk letakkan beg atau botol air tambahan. Kedudukan biasanya macam kitorang sebut tadi, bawah fram utama, fork dan handle.

  • Basikal Tiada Suspensi

Memang best kalau basikal ada suspension ni kalau laluan kita itu ada laluan menurun bukit, ataupun permukaan jalan yang tak rata. Sebabnya, bila ada suspension ni, perjalanan atas jalan rata dan mendaki agak susah sikit. Pakai banyak tenaga.

Peringatan : Dekat Malaysia ni, pemandu – pemandu kereta, lori dan sebagainya jarang prihatin dekat penunggang basikal. Main potong macam tu je, kalau dekat luar negara… diorang ada jarak tertentu untuk potong basikal, safe distance. Jadi, berhati-hatilah.