Cuti Hari Merdeka Ni Tak Tahu Nak Ke Mana? Jom Royal Floria Putrajaya!

TRAVEL
August 28, 2019 - 05:08 PM


Bersempena cuti Hari Kemerdekaan 31 Ogos ini hingga hujung minggu pertama bulan September nanti, kalau korang tak tahu nak berjalan-jalan ke mana bersama keluarga dan rakan-rakan -- mungkin korang boleh singgah di Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau 'Royal Floria Putrajaya'! 

Tahun ini ada kelainan dari segi pemilihan lokasi untuk festival yang telah masuk edisi ke-11 penganjurannya itu apabila ia akan diadakan di Taman Botani, Presint 1, Putrajaya berbanding lokasi kebiasaannya sebelum ini iaitu di Anjung Floria, Presint 4.

Festival yang diadakan selama 9 hari bermula 31 Ogos hingga 8 September itu bakal diserikan dengan penampilan istimewa iaitu 'Taman Diraja Pahang, Royal Garden Showcase' yang menjadi daya tarikan utama Royal Floria Putrajaya kali ini.

Dengan tema Mother of All Gardens, penampilan Royal Garden Showcase tersebut adalah bersesuaian bersempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga merupakan Sultan Pahang.

Lebih menarik, pameran itu juga akan menampilkan bunga orkid yang dinamakan dengan nama Queen Azizah Iskandar, mengambil nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengunjung tidak perlu risau mengenai parkir kerana di Taman Botani, Presint 1 disediakan 1,500 tempat letak kenderaan, selain penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas perantara dan 'teksi air' bagi kemudahan orang ramai datang ke festival ini.

ROYAL FLORIA PUTRAJAYA 2019

Tarikh: 31 Ogos 2019 – 8 September 2019

Tempat: Taman Botani, Presint 1, Putrajaya

Masa: 10 Pagi - 10 Malam

Tarikan Menarik: 

- Magical Gardens
- The Magic of Bonsai & Suiseki Exhibition
- Musical Garden
- Tropical Magic in a Glass (Terrarium Exhibition)
- Chrysanthemum Garden
- Royal Garden
- International Orchid Competition
- Designer Gardens
- Tea Party Garden

Harga Tiket Warganegara: Dewasa (RM5) & Kanak-Kanak (RM3)

Harga Tiket Bukan Warganegara: Dewasa (RM10) & Kanak-Kanak (RM6)

Tawaran Istimewa: Diskaun 20% bagi pembelian 20 tiket atau lebih untuk setiap pembelian

Korang juga boleh membeli tiket secara online di http://ticket.smart.putrajaya.my/.

P/S: Jadi tunggu apa lagi, jom pergi sini nanti! Banyak port cantik-cantik background bunga-bunga untuk gambar Instagram ni. Hehehe....