The Datai Langkawi Dibuka Semula Pada 10 September Nanti

TRAVEL
July 04, 2018 - 03:13 PM


The Datai Langkawi boleh dikatakan lokasi percutian yang sangat bercirikan nature.Selain menjanjikan kehijauan alam, The Datai Langkawi merupakan resort mewah serta eksklusif.

Setelah menutup operasi selama setahun untuk tujuan menaiktaraf dan renovasi, resort berkenaan yang telah mendapat suntikan dana sebanyak USD 60 juta ini akan kembali dibuka dengan beberapa penambahbaikan pada 10 September 2018.

Dikhabarkan, resort berkenaan sudah bersedia untuk menerima para tetamu pada September ini. Perubahan dari segi rekaan dalaman setiap bilik, suites, villa dan beberapa kawasan lain masih mengekalkan ciri-ciri asal yang direka oleh Didier Lefort.

Selain bilik tidur yang telah dinaik taraf, The Datai Langkawi memastikan segala keperluan traveller dipenuhi. 3 Rainforest Pool Villa telah ditambah selain kolam renang yang lengkap dengan dek. Selain itu, The Datai Estate yang mempunyai 5 bilik tidur merupakan villa yang terbesar di Asia.

Mempunyai ruang tamu yang besar, bilik permainan, 2 kolam renang 20 meter yang bersambung serta perkhidmatan butler 24 jam serta tukang masak khas!

Selain itu, lobi dan landskap secara keseluruhan telah mengalami perubahan yang paling ketara, terdapat Pusat Alam Semula Jadi yang khusus di resort berkenaan dan ia akan dikendalikan oleh pasukan naturalis dan biologi marin yang diketuai oleh Irshad Mobarak.

Jika anda ingin manjakan diri di Spa, Spa di The Datai ini menyediakan rawatan tradisional melayu dan menggunakan minyak yang dibuat khas menggunakan daun ubat-ubatan yang dipilih dan dipetik sendiri dari taman herba dan kawasan hutan sekitar resort.

Rawatan spa juga akan dilakukan oleh ahli terapi yang terlatih, selain mereka juga turut menyediakan rawatan aromaterapi yang eksklusif sambil dirawat di Villa rawatan yang terbuka.

Fuh, macam best je bila dengar. Tak sabar nak tunggu September. Kita tengok apa lagi kelainan yang dibawakan oleh The Datai Langkawi ni nanti…

 

Credit Foto : FB | The Datai Langkawi