Gelongsor Air Terpanjang Di Dunia Akan Dibina Di Taman Tema Air ESCAPE

TRAVEL
December 20, 2017 - 03:22 PM


Taman Tema Escape di Teluk Bahang Pulau Pinang sedang merancang untuk membina gelongsor air tepanjang di dunia. Berukuran sepanjang satu kilometre, pengunjung yang ingin menaiki tarikan tersebut perlu menaiki puncak bukit setinggi 420 meter.

Jangan risau, walaupun tinggi, perkhidmatan chairlift akan disedikan bagi membawa pengunjung di taman tema tersebut untuk ke titik mula gelongsor berkenaan.

Dari puncak bukit berkenaan, pengunjung akan menggelongsor ke bawah dan menyeberangi Jalan Teluk Bahang sebelum gelongsor berakhir di kolam renang taman tema berkenaan.

Rancangan pembinaan ini diberitahu kepada media pada majlis pembukaan rasmi Escape Waterplay pada Sabtu yang merupakan fasa kedua taman tema berkenaan.

Terkini, taman tema air tersebut mempunyai 20 tarikan aktiviti yang menarik. Tidak hairanlah kenapa TripAdvisor menobatkan taman tema air Escape ini sebagai yang terbaik di Malaysia.

 

Sumber : mStar