Gunung Agung Bali Akan Meletus Selepas 53 Tahun…!

TRAVEL
October 04, 2017 - 10:04 AM


Kebiasaanya keadaan di Bali sesak dengan pelancong. Namun, sejak dua hari yang lalu, Bali menjadi sepi kerana ramai yang telah meninggalkan kawasan terbabit kerana Gunung Agung telah menunjukkan tanda-tanda mahu meletus.

Menurut laporan BBC Indonesia, kawasan beradius 12km telah dijadikan zon evakuasi. Mereka telah diarahkan untuk berpindah.

Dikatakan mereka disana hanya menunggu masa Gunung Agung meletus kerana keadaannya sudah kritikal. Telah terdapat banyak rekahan dan ini menunjukkan bahawa sumber tenaga letusan sudah dekat dengan permukaan dan hanya menunggu masa untuk meletus.

Namun begitu, dilaporkan bahawa ada juga warga di beberapa kawasan yang tidak mahu meninggalkan kawasan rumah mereka. Ini terjadi atas beberapa faktor, antaranya kepecayaan mereka kepada semangat dan mimpi yang mereka terima.

Seperti yang dilaporkan pos pemantauan Gunung Agung di Desa Rendang, Kabupaten Karangangasem, asap dan wap mula dilihat dari puncak gunung. Dan asap ini kelihatan lebih berterusan dalam tempoh dua hari yang lalu, berbanding dengan hari-hari sebelumnya.

 

Menurut peta yang dikeluarkan, hanya kawasan berjarak 12km sahaja perlu dikosongkan sebagai tanda berjaga-jaga. Kawasan lain masih selamat untuk dilawati. Rujuk peta amaran yang dikeluarkan dibawah : 

 

 

p/s : Nampaknya, jika ada siapa-siapa yang nak berkunjung ke Bali, postponed dulu. Tapi, menurut sumber kami di Ubud, kawasan sana tak terjejas. Masih okay katanya…

 

Sumber : BBC Indonesia

Destination: