Harga Tiket Murah Dengan 15 Tarikan Permainan Air

TRAVEL
July 09, 2019 - 11:12 AM


Kepada ibu bapa yang tak ada idea nak bawa anak-anak berjalan-jalan ke mana sepanjang bulan Julai ini, mungkin anda boleh bawa mereka bermandi-manda serta bermain gelongsor air di Bangi Wonderland!

Ini kerana taman tema air berkenaan sedang mengadakan promosi JULY GILER bermula 1 hingga 31 Julai 2019.

Dengan kata lain, Bangi Wonderland menawarkan harga promosi iaitu:-

3 orang (Mykad) hanya RM130

7 orang (Mykad) hanya RM270

3 orang (Non Mykad) hanya RM160

7 orang (Non Mykad) hanya RM340

Promosi ini katanya boleh campur untuk dewasa dan kanak-kanak.

Harga asal bagi seorang dewasa adalah RM58 (MyKad) dan RM70 (bukan warganegara), RM48 seorang bagi kanak-kanak yang berketinggian 90 hingga 130 sentimeter (MyKad) dan RM60 (bukan warganegara); warga emas dan orang kelainan upaya dikenakan separuh harga bayaran, manakala kanak-kanak di bawah 90 sentimeter pula boleh masuk percuma.

Bangi Wonderland menawarkan 15 tarikan permainan berasaskan air iaitu Boomeriang, Water Cannon, Spiralax, Body Slide, The Fall, Anaconda Trail dan Insane Racer.

Antara tarikan lain adalah Wonder Loop, Magic Funnel, Green Pearl, Pirates Bay, Kids Adventure, Meander River, Typhoon River dan Pirate Spa.

Terletak di lokasi strategik di antara Bangi dan Kajang berhampiran dengan susur keluar Bukit Mahkota (Lebuh Raya Utara-Selatan), Bangi Wonderland yang dibuka pada Ogos 2016, beroperasi setiap hari kecuali Selasa.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.bangiwonderland.com.my.

P/S: Dekat sangat taman tema ni dengan penduduk sekitar KL & Selangor. Banyak masa berkualiti dapat dihabiskan bersama keluarga di sini dan anak-anak pun mesti suka. Jom pergi!