Jom Bawa Anak-Anak Ke Adventure Waterpark Desaru Coast. Ada Offer Tiket RM50 Untuk Pas Sehari!

TRAVEL
October 15, 2021 - 01:45 PM


Bila dah mula boleh rentas negeri ni pasti ramai ibu bapa yang pening kepala ke mana nak bawa anak-anak bercuti dalam keadaan selamat dan dengan SOP yang ketat.

Apa kata anda bawa anak-anak beriadah dan bermain air di Adventure Waterpark Desaru Coast, Johor kerana ianya antara taman tema terbesar di rantau ini dan paling best waterpark itu sedang menawarkan pas sehari RM50 untuk dewasa, kanak-kanak dan warga emas mulai sekarang hingga 5 Disember depan!

Pengurus Besar Adventure Waterpark, Shahrul Nizar Ahmad berkata pengunjung yang mahu mengunjungi semula selepas kunjungan pertama boleh menaik taraf kepada pas tahunan, 'Splash Pass' yang menawarkan kemasukan tanpa had yang berharga RM100 bagi tempoh 12 bulan.

Promosi ini adalah untuk semua pelawat yang lengkap dua dos suntikan vaksin bersama status risiko rendah dalam aplikasi MySejahtera tanpa gejala atau kontak casual manakala pelawat di bawah 18 tahun mesti ditemani orang dewasa atau penjaga yang lengkap dua dos vaksin.

Taman tema air tersebut kini dibuka dengan kapasiti harian maksimum 2.500 orang iaitu 50 peratus lebih rendah berbanding 5,000 sebelum penularan Covid-19 bagi tujuan penjarakan fizikal.

Semua kakitangan Adventure Waterpark Desaru Coast juga sudah lengkap dua dos vaksin sepenuhnya dan 25 peratus pekerjanya menjalani ujian saringan Covid-19 yang ketat.

Promosi ini sah untuk tempahan dalam talian dan pengunjung 'walk-in', taman tema air itu akan beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Berkeluasan lebih dari 25 hektar, Adventure Waterpark Desaru Coast mempunyai lebih daripada 20 permainan air termasuk Krenge's Revenge dan kolam renang Tidal Wave.

Maklumat lanjut mengenai Adventure Waterpark Desaru Coast boleh didapati di www.desarucoast.com atau Facebook Adventure Waterpark Desaru Coast atau dengan menghubungi 07-878 3800 atau 07-878 3828.



Sumber: Bernama

Destination: