Jom Camping ke Planet Utarid! Barulah 'Rare'

TRAVEL
October 26, 2021 - 02:15 PM


Bagi peminat dunia astronomi pastinya fantasi untuk ke planet Utarid ni menjadi suatu trip yang menarik. Jika korang mengikuti dunia astronomi pastikan baca teori yang menarik ini sampai habis ye. Teori ini dikongsi oleh Youtube Astro Lab. kalau korang nak tengok video menarik tentang dunia angkasa boleh ikuti channel Youtube Astro Lab.

Jom Camping ke Planet Utarid. Planet ini merupakan planet batuan paling kecil dan terdekat dengan Matahari. Andaikan kita sedang memijak planet ini, Matahari kelihatan 3 kali lebih dekat berbanding pemandangan matahari di Bumi. Kecerahannya juga meningkat 7 kali ganda berbanding di Bumi.

Nak Travel Ke Utarid? Jom Baca Dulu Beberapa Fakta Tentang Planet Ini

Jarak utarid ke Matahari adalah 58 juta km dan cahaya mengambil masa 3.2 minit untuk tiba di sini. Orbitnya elips seperti telur dan putarannya sangat perlahan, satu hari bersamaan 59 hari Bumi-relatif kepada bintang !

Disebabkan itu,planet ini akan terbit seketika, terbenam dan terbit semula setiap hari. Jika anda melawat planet ini satu hari nanti (kalau berani lah) keseronokan menikmati sunrise di sini 100 kali lebih baik berbanding Hiking Gunung!  

Walaupun ia berputar perlahan, tetapi utarid merupakan jaguh dari kecepatannya melengkapkan satu pusingan mengelilingi matahari dengan kelajuan 47km sesaat! Yelah, planet paling dekat kan, satu bonus untuknya. Utarid mempunyai 88 hari setahun. Bermakna usia kita 4 kali ganda lebih cepat tua berbanding di Bumi.

Walaubagaimanapun, planet ini sangat panas.Suhu waktu siangnya mencecah 430°c. Kuman pun mati! Tetapi pada waktu malam,suhu tiba tiba menjunam,k epada -180°c. Kenapa jadi begitu? Ini kerana atmosfera planet ini sebenarnya nipis. Jadi, haba terbebas semula ke ruang angkasa dan tidak kekal.

Jika kita berpeluang berpuasa di Utarid, hari pertama anda puasa,hari ke 44 baru masuk tengahari,hari ke 88 baru boleh buka puasa! ini kerana matahari terbenam selepas 88 hari siang. Masuk hari ke 49 hari ke 176 hari hanya malam semata mata.Ini bermakna satu hari penuh kitaran siang/malam utarid bersamaan 176 hari Bumi dan 2 tahun Utarid.

Pening?

Dari lokasi anda, anda akan melihat Matahari terbit tapi kecil sahaja,dan kemudian membesar dalam saiz apabila ia mulai terbit tinggi. Utarid bergerak lebih pantas apabila ia mendekati Matahari. Perubahan sudut garis pandang ke arah Matahari disebabkan oleh gerakan orbit adalah "lebih cepat" berbanding putaran pada paksinya.Ketika menghampiri matahari,kesan ini akan menyebabkan Matahari bergerak ke belakang buat sementara waktu di langit .

Kemudian ia meneruskan gerakan normal ke arah barat,dan apabila Utarid bergerak lebih jauh dari Matahari, saiznya mula mengecil sehingga matahari terbenam 88 hari kemudian. Siapa nak puasa dekat sini?Gulung tikar, tak jadi camping dekat Utarid.Kita hantar prob angkasa sahaja kaji planet ini.

Kredit Foto: NASA / Johns Hopkins University Applied Physics Laboratory / Carnegie Institution of Washington