Siapa dekat sini yang teringin nak lihat sendiri macam mana satu-satunya kapal korek yang masih wujud di Malaysia berfungsi?
Kalau korang antara yang berminat dengan warisan kapal korek itu, korang boleh berkunjung ke Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak!
Ini kerana di sana terdapat kapal korek terakhir yang masih ada di negara kita di mana keadaannya telah ditambah baik dengan pelbagai kemudahan bagi menjadikannya sebagai kawasan tarikan pelancongan bersejarah di Perak yang terkenal dalam sektor perlombongan.
Untuk pengetahuan korang, Tanjung Tualang suatu masa dulu sangat popular kerana mempunyai beberapa buah lombong bijih timah yang beroperasi dengan skala besar.
Kini, Kapal Korek Tanjung Tualang itu digelar "TT5" yang merujuk nombor kapal korek yang ada di Tanjung Tualang ketika itu, manakala angka '5' menandakan ia adalah kapal yang kelima ada di Tanjung Tualang yang satu ketika dulu menjadi antara lokasi penting perlombongan bijih timah dalam negara serta pengeluar bijih timah terbesar dunia ketika itu.
Sekarang ini, korang masih boleh mengunjungi kesan tinggalan kapal korek tersebut yang kawal selia oleh Jabatan Antikuiti dan Muzium Perak Darul Ridzuan.
Walaupun korang tidak dibenarkan menaiki tinggalan kapal korek ini, tetapi korang masih boleh mengambil gambar atau video untuk kenang-kenangan tanpa sebarang sekatan.
Untuk masuk ke kawasan kapal korek ianya adalah percuma. Namun kalau korang nak masuk ke dalam kapal, kena bayar RM10 dewasa manakala RM5 kanak kanak.
Bayaran RM10 itu adalah sekali dengan 'guided tour' yang disediakan setiap selang sejam.
Setiap pengunjung yang memasuki kapal korek tersebut adalah diwajibkan untuk memakai topi keselamatan memandangkan keadaan sekeliling kapal yang mempunyai banyak besi-besi tajam.
Selepas dah puas berjalan-jalan di dalam kapal tersebut, korang boleh pula sambung membuat aktiviti menarik di sekitar luar kawasan kapal dengan belajar mendulang bijih timah yang akan diajar oleh beberapa pakcik dan makcik yang ada di situ.
Paling best lagi di bahagian luar kapal, terdapat banyak ikan dan korang tinggal beli makanan ikan dekat kaunter yang berharga RM2 dan boleh lepak-lepak di tepi sambil beri ikan makan.
INFO KAPAL KOREK TANJUNG TUALANG
Keluasan Kapal Korek : Lebar 35 meter, Panjang 75 meter
Ketinggian : 5 Tingkat
Berat : 4500 Tan
Bilangan Pekerja seramai 90 orang dan hanya 30 orang yang boleh bekerja dalam satu shift.
Tahun Operasi : 1938 hingga 1992
Kos pembinaan mencecah RM 30 Juta
Bermula beroperasi di Malim Nawar dan perhentian terakhir Batu 6, Jln Tg. Tualang.
MASA LAWATAN
9.00 Pagi hingga 6.00 petang (Selasa-Ahad)
'Guided Dregde Tour Trip'
9.30am,10.30am,11.30,12.30pm,1.30pm,2.20pm,3.30pm,4.30pm
'Self Tour Trip'
9.20am-5.30pm
HARGA TIKET :
Dewasa (13-64 Tahun) - My Kad RM10.00| Non-My Kad RM20.00
Warga Emas (65 Tahun Keatas) - My Kad RM5.00| Non-My Kad RM20.00
Kanak-kanak (6 Tahun Kebawah) - PERCUMA
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Amanjaya TT5
Kapal Korek Tanjung Tualang No.5,
Km 9, Jalan Tanjung Tualang,
31000 Batu Gajah Perak Darul Ridzuan.