Jom Naik Belon Udara Panas Di Putrajaya, Mac Ini
TRAVELSiapa kata kalau nak naik belon udara panas kita cuma boleh pergi Cappadocia, Turki atau nak dekat sikit ke Bagan, Myanmar?
Hello..kat negara kita pun ada juga la! Kalau sesiapa yang nak rasa pengalaman terbang tinggi ke awan sambil tengok panorama indah, korang boleh pergi Presint 2, Putrajaya dari 28 hingga 31 Mac depan bersempena Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya Ke-10.
Bukan setakat belon udara panas bentuk biasa, korang pun boleh pilih nak belon bentuk badut, sotong, robot, gajah dan paling best tahun ini ada belon berbentuk iglu yang bercahaya serta direka menggunakan bahan kitar semula. Gempak, tak?
Kalau korang nak tahu macam mana rupa belon bentuk ala-ala rumah orang Eskimo tu, korang pergi dekat zon merah jambu sebab belon udara yang rare tu hanya akan dipamerkan pada hujung minggu dari pukul 7 hingga 10 malam.
Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan tu ok!
Fiesta kali ini juga akan dikendalikan juruterbang antarabangsa dari 14 negara yang menyertai program itu seperti Sepanyol, Slovakia, Brazil, Australia, Jepun, Belgium, Amerika Syarikat, United Kingdom, Korea Selatan dan Taiwan.
Korang pun mesti akan teruja sebab acara ‘night glow’ yang mana belon udara panas akan dinyalakan secara serentak mengikut iringan muzik dan pertunjukan bunga api juga akan ditampilkan pada fiesta berkenaan.
Meriah dan berwarna-warnilah langit Putrajaya nanti! Mesti cantik, kan?
Siapa yang berminat nak naik belon udara panas, korang boleh usha tiket di www.myballoonadventure.com.