Kuantan Art Street - Kisah Rakyat Dan Identiti Pahang Menjadi Seni Lukisan Mural

JALAN-JALAN
March 03, 2021 - 06:15 PM


Kisah-kisah rakyat, dan identiti pahang menjadi inspirasi dan diolah menjadi mural lukisan yang menceriakan bandar Kuantan. Antara kawasan yang diubahsuai dengan lukisan ialah lorong belakang barisan kedai lama di Jalan Besar, Kuantan yang sebelum ini agak suram, tapi sekarang sangat ceria dan meriah. Lorong yang gelap itu pon sekarang dah disinari dengan lampu-lampu. 

Semua hasil seni ini dihasilkan oleh 13 orang anak jati Pahang di dalam lingkungan usia 26 - 52 tahun yang memanggil diri mereka Projek 06. 06 itu kod negeri dorang. Projek ini dijalankan untuk menggalakkan lagi kedatangan pelancong ke bandar tersebut. 

Sebenarnya dorang berniat untuk siapkan mural-mural semua sebelum Kuantan dinaik taraf menjadi bandar raya pada 21 Februari lepas, tapi sayang sekali keadaan cuaca waktu itu tidak menyebelahi dorang, so projek tersebut agak tertentu buat seketika. 

Bangunan dekat sini semua dicat menjadi warna putih sebelum mural-mural tersebut dilukis untuk memastikan lukisan yang dilukis itu pop out. Projek tersebut sebenarnya belum siap sepenuhnya, tapi dorang kata dah ramai yang memenuhkan tempat itu, untuk melihat kecantikan seni yang menonjolkan identiti Pahang.

Paling syok, bila peniaga-peniaga dekat sini semua seronok sebab katanya lorong itu dah tak lagi gelap dan kotor, dan tempat itu pon dah menarik lebih ramai pengunjung untuk datang, merancakkan ekonomi dorang. 

Sumber: Sinar Harian 

Artikel berkaitan