Lepas Pulang Dari Jepun Mesti Akan Rindu 18 Perkara Ini

TRAVEL
March 28, 2018 - 11:53 AM


Jepun meruapakan desitnasi yang cukup ideal untuk di lawati, pelbagai kemudahan dan keunikan yang boleh kita dapat apabila ke Jepun. Negara matahari terbit ini memang sangat susai untuk habiskan masa cuti. 

Seperti biasa bila pulang dari sesebuah tempat, memang tak kan terlepas untuk bandingkan dengan negara asal. Bagi mereka yang baru pulang dari Jepun mesti akan "rindu" 18 perkara ini.

18 Perkara Buat Anda 'Rindu' Selepas Pulang Dari Jepun

PERKHIDMATAN TREN

Negara ini mempunyai perkhidmatan tren penumpang yang paling sibuk di dunia dan memegang reputasi sebagai salah sebuah yang terbaik dari segi ketepatan masa dan keselamatan. Ia biasanya penuh dan sesak tetapi pengalaman itu sangat berbaloi. Ia lebih mudah dan selesa daripada terjebak dalam kesesakan lalu lintas.

TATAMI

Tatami adalah sejenis tikar Jepun. Secara tradisinya, ia dihasilkan dari jerami padi, tetapi pada masa ini ia dibuat daripada kayu mampat atau styrofoam, dengan satu lapisan jerami lembut.

FUSUMA

Panel slaid segi empat tepat dari sisi ke sisi untuk memisahkan semula ruang di dalam bilik dan bertindak sebagai pintu. Mengikut sejarah, ia akan dihiasi lukisan pemandangan alam semulajadi seperti gunung dan hutan.

ONSEN

Onsen atau mata air panas merupakan bentuk rekreasi popular di Jepun. Ia secara tradisinya digunakan sebagai tempat mandi awam dan masih kekal sehingga hari ini, walaupun kebanyakan orang sudah mempunyai bilik mandi efisyen di rumah mereka.

PERKHIDMATAN POS

Perkhidmatan pos Jepun agak cekap. Sekiranya anda gagal menerima bungkusan melalui pos, pengirim akan meninggalkan kad di bawah pintu supaya anda boleh meminta penghantaran semula dan bungkusan akan disimpan di pejabat pos untuk penghantaran dalam tempoh 15 hari.

KIT KAT UNIK

Dari perasa kentang panggang ke wasabi, Jepun mempunyai pelbagai jenis coklat Kit Kat perisa unik yang hanya terdapat di negara itu.

YUAKATA

Yukata adalah kimono versi musim panas, secara tradisinya diperbuat daripada kapas atau kain sintetik.

OSHIBORI

Oshibori adalah tuala segar yang dilembapkan dengan air panas atau sejuk (berdasarkan musim) yang ditawarkan kepada pelanggan di atas dulang di restoran atau bar.

ONIGIRI

Makanan Jepun yang diperbuat daripada beras dan dalam pelbagai bentuk seperti segitiga dan bulat, biasanya dibungkus dalam nori (rumpai laut) dan mengandungi bahan seperti tuna atau sayur-sayuran.

KOTATSU

Kotatsu adalah meja kayu rendah di setiap rumah Jepun. Semasa musim sejuk, ia ditutup dengan selimut berat dengan pemanas di bawahnya untuk memanaskan badan.

DULANG DUIT

Apabila membayar sesuatu barangan di kedai, pelanggan kebanyakannya tidak akan menyerahkan duit di tangan juruwang, sebaliknya meletakkannya di dulang kecil yang disediakan.

TRADISI BUKA KASUT

Orang di Jepun membuka kasut mereka di pintu masuk, menggantikannya dengan selipar lain. Tradisi ini masih diikuti untuk menjaga kebersihan rumah. Bagaimanapun, Jepun bukan satu-satunya negara yang mengikuti tradisi ini.

CARA UCAPAN

Orang-orang di Jepun akan tunduk kepada satu sama lain. Amalan ini dibuat untuk menunjukkan rasa hormat, meminta maaf atau ketika memperkenalkan diri.

TANDAS CANGGIH

Negara ini mempunyai tandas berteknologi tinggi dengan panel kawalan yang menawarkan pilihan jenis semburan air dan mangkuk tandas panas. Terdapat juga tandas membolehkan pengguna menetapkan suhu air, malah dilengkapi dengan muzik atau bunyi-bunyian tertentu untuk lebih keselesaan.

MESIN LAYAN DIRI

Mesin layan diri Jepun menjual pelbagai barangan, dari barangan seperti minuman (air kotak, tin, botol panas dan sejuk), rokok, power bank dan makanan seperti epal, sup jagung, dan salad.

TOPENG BEDAH

Ramai orang di Jepun memakai topeng pembedahan sebagai cara mencegah kuman dan pencemaran udara. Ia juga kadang-kadang digunakan sebagai aksesori fesyen.

MAYONIS

Sesetengah orang berpandangan mayonis yang dibuat di Jepun agak berbeza dari negara-negara lain dan yang paling lazat di dunia. Ia mempunyai tekstur berbeza dan terdiri daripada cuka epal atau beras, bukannya cuka sulingan.

BENTO

Bento adalah kotak makan tengah hari Jepun yang mudah dicari dan biasanya menyihatkan. Ini juga biasanya disediakan di rumah dan dibawa ke tempat kerja atau sekolah oleh kanak-kanak. Ia melambangkan keinginan untuk makan makanan tradisional walaupun semasa anda berada di luar rumah yang terdiri daripada nasi, ikan dan makanan Jepun lain.
 

Destination: