Lokasi Percutian Tersembunyi Dan Eksklusif Di Malaysia

TRAVEL
November 23, 2017 - 06:10 PM


Ramai yang tak sedar tetapi sebenarnya di Malaysia ada beberapa tempat yang jarang dikunjungi dan sebenarnya agak 'tersembunyi' dan eksklusif. 

Jika anda rasa tempat-tempat percutian di Malaysia ni dah ‘over rated’ atau terlalu padat, anda boleh ke lokasi-lokasi yang bakal kami ceritakan ini.

Terdapat 5 lokasi yang dikatakan terbaik antara semua. Setiap satu daripada lokasi ini mempunyai tarikan tersendiri. Boleh dikatakan tempat-tempat ini kita tak pernah tahu pun kewujudannya.

 

Rawa Island Resort, Pulau Rawa, Johor.

Pulau Rawa adalah sebuah coral island yang terletak hanya 20 minit perjalanan menggunakan bot laju dari pelabuhan di Mersing, Johor. Resort di tepi pantai ini menawarkan 77 bilik dan akses mudah ke laluan trek yang mengagumkan melalui hutan , sesuai untuk aktiviti snorkeling di perairan yang cantik, dan juga selaman skuba.

Salah satu sebab mengapa kawasan ini agak tenang dan sunyi ialah lokasinya yang terletak di Taman Marin Sultan Iskandar. Jadi anda tak perlu risau tentang bunyi bising daripada jet ski ataupun orang memancing.

 

Japamala – Pulau Tioman

Jika anda inginkan lokasi percutian yang romantic, anda perlu ke tempat ini. Anda hanya perlu Menaiki bot dari jeti Mersing untuk ke Japamala Resort, hanya 45 minit dari tanah besar.

Keunikan Japamala ni ialah proses pembinaannya yang teliti agar tidak menganggu ekosistem serta keindahan alam semula jadi di pulau tersebut. Selain daripada anda boleh menikmati flora dan fauna, terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan bersama pasangan anda disini.

 

Tanjong Jara Resort – Dungun

Perjalanan tiga jam setengah dari Kuala Lumpur, anda akan menemui Tanjong Jara Resort di pantai timur Malaysia.

Dengan bangunan-bangunan dalam gaya istana Melayu abad ke-17, resort yang tenang ini menyajikan rasa tradisional yang mewah dan lama untuk zaman moden.

Dari makan di batu di sebelah lautan kepada menyelam dan pelayaran sungai, resort ini memang menakjubkan. Hutan yang rimbun dan pantai yang bersih adalah kemudahan semulajadi yang seperti melengkapi bilik-bilik resort ini.

Selain itu pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis dan lawatan basikal adalah menjadi sesuatu yang boleh membuatkan anda terlupa tentang kesibukan kerja.

 

The Danna – Langkawi

The Danna adalah sebuah hotel lima bintang yang menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang luar biasa.

Keunikan the Danna ialah mempunyai segala yang diperlukan untuk percutian sempurna. Daripada kolam infinit hinggalah ke spa.

Selain itu, keadaan gunung-gunung yang tinggi serta pantai-pantai yang indah di dalam jarak yang berdekatan antara satu sama lain, senang kata The Danna adalah tempat yang sempurna untuk menghayati di kehidupan pulau.

 

Bunga Raya Island Resort – Pulau Gaya
 

Jika anda berhajat untuk ke Kota Kinabalu, anda boleh merancang untuk kesini.

Anda perlu ambil perjalananpendek ke pelabuhan feri Jesselton, dan menaiki feri ke Bunga Raya di Pulau Gaya.


Dikelilingi oleh hutan hujan di Teluk Poland, pasti anda akan merasakan ketenangan di sini. Selain mempunyai trek yang melalui hutan untuk menghayati keindahan tropika, anda juga boleh berkayak di sekitar teluk yang indah, atau menikmati rawatan kesihatan yang mewah di spa puncak bukit.

Tak kiralah aktiviti apa yang anda nak lakukan disini nanti, yang pasti anda akan pulang dengan satu pengalaman yang tak dapat anda lupakan...