Menara Teruntum Kini Dijenamakan Semula Menjadi "Menara Kuantan 188"

TRAVEL
March 11, 2020 - 04:25 PM


Jika bercuti ke Kuantan, Pahang banyak destinasi menarik untuk dikunjungi seperti Teluk Cempedak, Taman Kerang, Taman Esplanade, Mini Zoo Teruntum dan Bandar Diraja Pekan.

Namun ada satu lagi tarikan baharu yang wajib korang singgah lepas ni kalau turun ke Kuantan iaitu Menara Teruntum yang kini ditukar nama menjadi MENARA KUANTAN 188!

Akan mula dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula akhir tahun ini, menara tinjau setinggi 180 meter itu dijenamakan semula sebagai Menara Kuantan 188 supaya lokasi dan ketinggian menara tersebut akan sentiasa tersemat di ingatan pelancong.

Selain dapat bergambar cantik dengan menara yang tersergam indah di tepi Sungai Kuantan, terdapat banyak aktiviti menarik lain yang boleh korang cuba jika berkunjung ke sini, antaranya:

  • Melakukan terjun lelabah ataupun 'bungee jumping'.
  • Menikmati pemandangan 360 darjah bandar Kuantan dengan menaiki lif kaca ke atas menara.
  • Menjamu selera di restoran berketinggian 98 meter dengan berlatarbelakangkan pemandangan Sungai Kuantan.
  • Skywalk' pada ketinggian 104 meter.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

"Paving to a new Kuantan" #Kuantan #PahangDarulMakmur #Malaysia #MyHometown #MenaraTeruntum

A post shared by goh khoon siong (@gohkhoonsiong) on

Menara Kuantan 188 yang terletak di Laman Teruntum, Kuantan ini bakal menjadi tarikan ikonik kepada pelancong yang bercuti ke Pahang apabila menjadi menara kedua tertinggi di Malaysia selepas Menara Kuala Lumpur serta menara tinjau tertinggi di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)!

P/S: Korang kalau dah makan seafood sedap kat Tanjung Lumpur tu, jangan lupa jenjalan gi Menara Kuantan 188 ni pula! Mesti syiok punya!

 

Destination: