Moh Bercuti Ke Perak! Boleh Dapat Baucer Travel Untuk Penginapan & Produk Pelancongan Dorang

TRAVEL
June 23, 2020 - 03:36 PM


Memandangkan sekarang ramai yang teruja untuk memulakan Cuti-Cuti Malaysia dalam musim PKPP, apa kata korang jalan-jalan ke Negeri Perak sebab ada sesuatu yang istimewa bakal ditawarkan kepada pelancong yang melancong ke Perak.

Royal Belum, Pulau Banding, Perak

Terdapat 1,000 keping baucer bernilai RM50500 keping baucer bernilai RM30 untuk diberikan kepada warganegara Malaysia bermula 1 Julai hingga 30 November 2020!

Pemberian baucer ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Perak bagi menggalakkan sektor pelancongan domestik.

APA ITU BAUCER RM50 UNTUK PENGINAPAN?

- Anda harus menginap di hotel yang telah tersenarai sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam dengan minimum perbelanjaan RM100.

- Selepas check-out, pihak hotel akan memberikan anda travel baucer bernilai RM50 tersebut.

- Anda hanya boleh menebus baucer ini untuk penginapan yang seterusnya.

- Baucer ini tidak sah untuk tempahan melalui online.

Hotel Novotel Taiping

APA ITU BAUCER RM30 UNTUK PRODUK PELANCONGAN?

- Anda harus melawat ke produk pelancongan yang telah tersenarai sekurang-kurangnya dengan minimum perbelanjaan RM50.

- Selepas tamat lawatan, pihak produk pelancongan akan memberikan anda travel baucer bernilai RM30 tersebut.

- Anda hanya boleh menebus baucer ini untuk lawatan produk seterusnya.

- Baucer ini tidak sah untuk tempahan melalui online.

River Cruise Teluk Intan

Kalau korang nak tahu senarai hotel dan resort serta produk pelancongan yang mengambil bahagian dalam pemberian baucer istimewa ini, boleh rujuk gambar di bawah :-

Dilaporkan pelancongan domestik di Perak semakin rancak apabila setakat ini sebanyak 2,095 buah bilik hotel telah ditempah di sekitar Ipoh, Taiping, Lumut dan Pulau Pangkor.

PS: Ate, moh ke Perak! Min teringin nak bergambar kat Kellie's Castle, naik Bukit Larut dan chill-chill kat Taman Tasik Taiping! Hehehe...

Sumber: Tourism Perak

 

Destination: