Dah Boleh Mula Kumpul Duit Ni, Bandar Wakanda Bakal Wujud Dalam Peta Dunia!

TRAVEL
September 03, 2020 - 12:17 PM


Nama Akon sebagai seorang penyanyi memang dikenali di seluruh dunia. Lagunya “Lonely” dan “Right Now (Na Na Na)” sangat terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Tapi korang tahu tak betapa kayanya Akon sekarang ni? Dia punya kaya tu siap nak buat smart city untuk African American people tau.

Bandar tersebut diberi nama AkonCity atau translationnya Bandar Akon. Idea ni tercetus pada tahun 2018 dan projek ini bakal menelan belanja sebanyak $6 billion ya. Kalau duit Malaysia tu dah bersamaan RM 24,837,000,000.00. Wow! Bandar tersebut bersaiz 2000 ekar dan dikuasakan oleh solar. Ia mendapat sokongan kerajaan Senegal dan pelabur untuk dana $6 billion tersebut.

Kenapa Akon nak buat bandar ni? Dia mahu memberikan satu tempat buat kaumnya yang sering menerima diskriminasi kerana warna kulit mereka. Senang cerita, home for black people. Dengan bandar yang canggih dan penduduknya african american, korang tak rasa ke bandar ni macam Wakanda dalam Black Panther?

Yes, Akon sendiri mengakui dan sangat berbangga dengan perbandingan yang diberikan orang ramai terhadap bandarnya. Dia sendiri kata ini basically Wakanda dalam dunia sebenar. Pada tahun hadapan, 2021, pelan pertama untuk membina bandar ini akan bermula. Seni binanya pula memang sangat unik dan mengambil inspirasi daripada seni bina yang ada di kampung Africa memberikan rupa water-like design terhadap bangunan di bandar ini.

Akon juga merancang untuk membina hospital, balai polis, dan cryptocurrency yang bernama Akoin. Dengan kata lain, Akon mahukan badan beruniform yang tidak terikat dengan mana-mana pihak selain dari bandar AkonCity sendiri. Malah dia juga mahu membuka studio recording dan filem. Nak tengok design bandar ni? AkonCity terbahagi kepada beberapa daerah. Ada daerah untuk penduduk, studio dan juga untuk pendidikan. Inilah plan AkonCity:

 

African Village

 

Entertainment District

 

Tech District

 

Health And Safety

 

Education District

 

Seniwood District

 

Wah bestnya, dengan adanya bandar ni, Akon berharap peluang pekerjaan buat ‘black people’ akan semakin meningkat. Korang rasa ada tak billionaire di Malaysia nak buat smart city kat negara kita? Hmmm, mungkin ada pada masa akan datang. We can only hope! 

Destination: