Pulau Cat Ba – Permata Tersembunyi Berdekatan Halong Bay, Vietnam
TRAVELTersenarai sebagai salah sebuah tapak warisan dunia Unesco, Halong Bay di Vietnam merupakan lokasi pelancongan yang popular dan salah satu daripada destinasi yang korang wajib sampai di Asia.
Kecantikan Halong Bay ini terletak pada pemandangan sekeliling yang terdiri daripada formasi batu kapur yang meninggi dan air yang jernih dan kebiruan.
Sebenarnya, berdekatan dengan Halong Bay, terdapat sebuah lagi pulau yang boleh dikategorikan sebagai ‘hidden gem’ disebabkan statusnya yang tidak diketahui ramai dan kebanyakan yang tahu kewujudan pulau ini adalah warga tempatan.
Pulau Cat Ba – Cat Ba Island yang membawa maksud Pulau Wanita dalam bahasa Vietnam merupakan pulau terbesar antara gugusan 367 pulau yang ada di Cat Ba.
Kepelbagaian yang ditawarkan di sini adalah dari segi alam semulajadi daripada gunung / bukit batu kapur, hutan hujan tropika batu kapur, keindahan terumbu karang, hutan paya bakau, lantai laut yang dipenuhi dengan rumpai, pantai dengan pasir memutih dan banyak lagi lah yang boleh diterokai disini.
Kalau nak diikutkan, separuh daripada Pulau Cat Ba ini merupakan taman negara yang dipenuhi dengan flora fauna yang tidak disentuh dan juga merupakan habitat asal haiwan bernama langur – sejenis monyet daripada spesies yang terancam.
Dianggarkan, populasi disini adalah 13 ribu orang yang tinggal dalam 6 kelompok komuniti berbeza dan lebih kurang 4,000 orang lagi menetap di perkampungan terapung atau fishing village di Cat Ba. Sebenarnya, memang di Cat Ba ini sahaja pulau yang ada orang tinggal di sini. Kebanyakan bertumpu di bandar Cat Ba sendiri.
Setakat ini, pulau Cat Ba ni masih ‘tidak diketahui’ oleh pelancong walaupun jaraknya dengan Halong Bay sangat dekat. Kira-kira 350 ribu orang sahaja yang datang ke sini.
Tapi, ada juga pelancong yang bermalam di sini setakat ini. Terdapat kira-kira 150 buah hotel yang tersenarai dan kesemuanya pelbagai jenis. Ada hotel murah, sehinggalah resort mewah. Tak kurang juga pusat peranginan dan hotel yang sedang dalam pembinaan.
Nampaknya, selepas ini, mungkin nama Cat Ba ni akan meningkat naik.
Untuk sampai ke Cat Ba ni, korang boleh menaiki Feri dari Haiphong. Untuk ke Haiphong pula, kena naik bas dari Hanoi. Sebagai alternatif lain, cari sahaja cruise ke Halong Bay yang singgah di Cat Ba.
Feri dari Hai Phong ke Cat ba bermula jam 7 pagi, kendian 9 pagi, 1 petang dan pukul 3 petang dengan harga 220,000 dong (RM39.20 ~) untuk perjalanan sehala. Boleh beli di Baulao.com.
Pilihan Editor
- Teluk Ha Long Vietnam Tersenarai Antara 35 Keajaiban Asli Tercantik Dunia
- Tempat Menarik Di Vietnam Untuk Anda Yang Pertama Kali Ke Sana
- Travel ke Vietnam: Tip Elak di Tipu Semasa Beli Belah
Travel Underrated Asia Tenggara